Certot

Hadiah yang Teristimewa

Hasil nukilan Husna 2 years agoSuperhero 6

“Ayah, tak lama lagi hari jadi Wani. Ayah belilah hadiah yang paling istimewa!” 

“Amboi, lama lagi. Nantilah, ayah fikir hadiah yang hebat untuk Wani.” Encik Helmi tersenyum melihat anaknya yang sudah tidak sabar menerima hadiah.

“Okey. Ayah salam. Nanti beli tau, hadiah!” Wani segera menyalam Encik Helmi. Setelah salam, Encik Helmi cium dahi anaknya.

“Bye ayah! Wani pergi sekolah dahulu!” Wani tersenyum sambil melambai kearah Encik Helmi. Encik Helmi hanya membalas lambaian tersebut.

Pritt… Bam!

Wani memaling muka kebelakang. 

“Ayah!”

****

“Aku di mana?” Encik Helmi membuka mata perlahan-lahan. 

“Engkau siapa?” Encik Helmi bertanya kepada Wani, anaknya sendiri. Wani hanya menangis melihat Encik Helmi yang langsung tidak ingat padanya. 

“Ayah di hospital. Saya anak ayah. Tidak mungkin ayah lupa saya? Ini anak ayah!” Wani menerangkan sambil menangis teresak-esak.

“Aku mahu keluar! Aku langsung tidak ingat apa-apa. Nama aku siapa? Aku kerja apa? Lepaskan aku!” Encik Helmi meraung dengan kuat. Wani segera memanggil doktor yang berkenaan.

****

“Eh, fuh, nasib baik hari ini cuti. Mengapalah ayah hilang ingatan. Jika tidak, pasti ayah sudah tolong kejutkan. Sudahlah ibu meninggal. Hmm….” Wani mengeluh lemah. Lalu terus mengambil wuduk dan solat subuh. 

Selesai sahaja habis solat subuh, Wani segera mengangkat tangan lalu berdoa, “Ya Allah, kau tolonglah aku. Aku tahu semua ini ialah ujian untuk aku. Kau kuatkanlah imanku. Amin.” Wani bersungguh-sungguh berdoa.

‘Eh, ayah sudah solat atau belum?’ 

Tiba-tiba Wani teringatkan ayahnya. Terus ke bilik ayahnya dan kejutkan ayahnya. “Ayah, bangun. Ayah sudah solat atau belum?” 

Encik Helmi hanya menggeleng selepas duduk di tepi katil.

“Kalau macam itu solatlah. Wani sudah solat.” 

Encik Helmi mengangguk lalu mengambil wuduk.

 ‘Fuh, nasib baik ayah ingat cara mahu solat.” Wani tersenyum lalu memikirkan cara untuk mengingatkan memori ayahnya. 

“Aha! Album. Mungkin lepas ayah lihat gambar-gambar, terus ingat. Selalunya dalam drama begitu.”

“Ayah, marilah kita lihat album ini. Mungkin ayah akan ingat semula?” 

Ayahnya mengangguk. 

Sejak ayahnya hilang ingatan, ayahnya diam sahaja langsung tidak mengeluarkan suara. Wani sedaya upaya mahu lihat ayahnya gembira seperti dahulu.

“Lihat. Ini gambar sewaktu Hari Raya Aidilfitri. Tetapi ini ada arwah ibu. Jika ibu ada, pasti rumah ini lebih ceria!” Wani beria menunjukkan dan menerangkan satu per satu gambar. 

Encik Helmi hanya membuat muka yang bosan. 

“Okey. Satu album sudah kita lihat. Ayah ada ingat sesuatu?” 

Encik Helmi menggeleng. “Ayah langsung tidak ingat. Bosanlah. Sudahlah.” 

Encik Helmi bangun lalu meninggalkan Wani sendirian. Wani hanya mampu tahan untuk menangis. 

****

Masuk hari ini, sudah hari keempat ayahnya ada di rumah. Bermacam-macam cara Wani buat untuk ingatkan memori ayahnya. Langsung tidak menjadi. Satu pun tak jadi. Kadang-kadang Wani berputus asa. 

“Eh, hari ini hari jadi akulah. Hmm… aku kena cari idea untuk buat ayah ingat.” Wani tersenyum tawar. Jika tahun sebelum ini, waktu hari jadi Wani, buka mata sahaja dari tidur, hadiah di hadapan mata.

Sedang dia ingatkan memorinya bersama ayahnya, tiba-tiba timbul satu idea. “Aha! Aktiviti yang aku suka buat dengan ayah ialah berenang. Baik aku cuba. Tentu ayah akan ingat!” 

Dengan wajah yang bersinar-sinar, Wani mengajak ayahnya untuk ke Kompleks Sukan Shah Alam, kerana dekat dari rumah.

“Buat apa mahu ke sana?” Encik Helmi berkerut.

“Untuk ingatkan ingatan ayahlah. Marilah.” Wani bersungguh-sungguh mahu kesana. 

“Baiklah.” 

****

“Ayah ingat atau tidak? Ayah pandai berenang. Kita sama-sama selalu berenang di sini. Takkanlah ayah tidak ingat. Ayah ingat atau tidak cara berenang?” Wani berjalan di tepi air kolam sambil berbual-bual dengan Encik Helmi.

“Tidak. Satu memori pun ayah tidak ingat. Sudahlah. Mari kita balik!” Encik Helmi sudah berputus asa untuk ingatkan semula memorinya. Biarlah memori itu datang sendiri.

Sedang Wani berjalan ditepi air kolam tiba-tiba dia tergelincir. “Ayah, tolong!” 

“Kau kan boleh berenang. Jangan buat drama boleh? Jom balik!” Encik Helmi mulakan langkah meninggalkan Wani.

“Ayah, Tolong! Tolong! Kaki Wani kejang ni. Wani tidak boleh berenang! Tolong!” Sebenarnya, Wani hanya buat-buat tidak tahu berenang. Dia membuat buih di dalam air kononnya sedang lemas.

Tiba-tiba air muka Encik Helmi berubah. Dia teringatkan semua memorinya bersama Wani. Tanpa melengahkan masa, Encik Helmi segera terjun dalam air untuk menyelamatkan Wani.

Wani pula buat-buat batuk. “Uhuk! Uhuk!” 

“Anak ayah tidak apa-apa? Minta maaf sebab tidak selamatkan Wani. Ayah sudah ingat semuanya! Hari ini hari jadi Wani bukan? Nanti ayah beli hadiah, ya?” Encik Helmi menggelabah. 

Wani hanya tersenyum lalu mengangguk.

‘Ayah, ayahlah hadiah yang istimewa buat hari jadi saya.’

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: