Certot

Hadiah Untuk Umi

Hasil nukilan NISA 2 years agoFiksyen 49

Pulang dari sekolah jam 5. 00 petang, Aliah duduk berehat sambil menonton televisyen. Sejak kebelakangan ini, dia sering termenung. Dia sedang memikirkan hadiah apa yang mahu diberikan kepada uminya sempena Hari Kelahiran.

Tiba-tiba dia tersentak dari lamunanya kerana terdengar seseorang memanggilnya.

“Aliah, kamu sudah mandi dan solat asar?” tanya uminya. Aliah terus ke biliknya

Selepas mandi dan solat asar, Aliah mengulang kaji pelajaran di biliknya. Dia terlihat kertas warna yang terletak di sudut mejanya.

“Ya, aku ada idea. Kupon!” kata Aliah seorang diri.

Malam itu, ayahnya telah pulang membawa kek yang dibeli. Aliah terus berlari ke ayahnya lalu mengambil kek dari tangan ayahnya. Kebiasaanya, dia akan bersalaman dengan ayahnya. Mungkin kerana dia sudah tidak sabar.

Apabila selesai makan malam, ayahnya memanggilnya, “Aliah, tolong ambilkan kek di dalam peti sejuk,” bisik ayahnya. Uminya hanya tersenyum melihat gelagat Aliah.

“Dipersilakan umi untuk memotong kek,” Aliah berpura-pura menjadi pengacara majlis. Uminya terus memotong kek yang dibawa oleh Aliah.

“Seterusnya, dipersilakan sesiapa sahaja yang ingin memberikan hadiah kepada umi,” ayahnya pula mengambil alih tugas Aliah tadi. Aliah terus membawa hadiahnya lalu diberikan kepada uminya.

“Terima kasih, Aliah,” kata uminya sambil tersenyum.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: