Certot

Hadiah untuk Sahabatku

Hasil nukilan Nur Hidayah about 3 years agoFiksyen 10

Hanis mengayuh basikal dengan kelajuan yang sederhana. Pada petang itu,dia mahu pergi ke rumah Syafiqah. Syafiqah telah menjemput semua rakannya supaya hadir ke rumahnya untuk meraikan hari jadinya yang ke 11 tahun. Sambil itu, Hanis cuba mengingati semula alamat rumah Syafiqah. Kemudian, Hanis berhenti di hadapan sebuah banglo tiga tingkat.

“Emm… kalau ikut alamat inilah rumahnya. Err…tetapi besarnya rumah ni. Betulkah ini rumah Syafiqah?” soal Hanis.

Tiba-tiba, Hanis ternampak kelibat Syafiqah.

“Eh, Hanis. Marilah masuk,” pelawa Syafiqah.

“Err… Okey,” balas Hanis yang seperti teragak-agak.

Sebaik melangkah masuk ke rumah Syafiqah, Hanis melihat sudah ada beberapa orang rakan sekelas mereka yang sudah sampai. Hanis kemudian mengambil tempat di antara rakan-rakannya. Akhirnya, semua rakan-rakannya telah tiba. Majlis itu dimulakan dengan meriah sekali.

Pada pukul 5.30 petang, majlis itu pun tamat. Semua rakan meminta izin untuk pulang. Sebelum pulang, ada juga yang memberikan hadiah termasuk Hanis.

“Okey. Semua dah balik. Fuhh,penatnya,” kata Syafiqah.

Tiba-tiba dia tertarik dengan hadiah yang diberikan rakan-rakanya. Dia kemudia membuka hadiahnya satu per satu. Semua hadiah telah dibuka dan kini hadiah dari Hanis sahaja belum dibuka. Sebaik dibuka,Syafiqah terkejut.

“Eh… telekung?” soal Syafiqah.

Sebelum ini,t idak pernah ada yang memberi telekung kepadanya. Tetapi telekung ini lain daripada yang lain. Kainnya lembut, coraknya cantik, dan jahitannya pun kemas.

“Terima kasih Hanis,” kata Syafiqah sambil memeluk telekung itu.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: