Certot

Hadiah untuk Ayah

Hasil nukilan siti khadijah 3 years agoFiksyen 42


Pada suatu hari Ahad, Syafiah dan ayahnya pergi ke Street Mall untuk membeli pakaian untuk dipakai semasa hari raya nanti. 

“Ayah, kita nak pergi ke mana?” tanya Syafiah dengan penuh rasa ingin tahu. 

“Kenapa Syafiah nak tahu?” tanya Encik Zuhairi kepada anaknya sambil tersenyum. 

“Sebab Syafiah tak sabar nak tahu kita akan pergi ke mana,” jawab Syafiah. 

“Kita dah sampai,” kata Encik Zuhairi.

“Wah, besarnya tempat ini!” kata Syafiah teruja. “Seumur hidup Syafiah tidak pernah pergi ke tempat sebesar ini,” tambah Syafiah lagi. 

“Jom kita masuk,” kata Encik Zuhairi. 

“Jom!” kata Syafiah dengan teruja. “Tapi ayah, kita hendak buat apa disini?” tanya Syafiah.

“Ayah hendak belikan baju raya untuk ibu dan juga anak kesayangan ayah,” jawab Encik Zuhairi. 

“Baju raya!” kata Syafiah. “Wah seronoknya!” tambah Syafiah lagi. “Oh ya ayah, Syafiah nak tanya sesuatu boleh?” 

“Boleh, tanya sahaja,” jawab Encik Zuhairi. 

“Kita tidak pernah beli baju raya sebab tak cukup bajet, tapi kenapa raya tahun ni boleh beli baju raya?” tanya Syafiah. 

“Syafiah ni banyak tanyalah,” kata Encik Zuhairi sambil tersenyum melihat gelagat anaknya. 

“Hehehe,” ketawa Syafiah. 

“Tahun ini ayah dapat bonus. Jadi ayah bolehlah beli baju raya untuk ibu dan Syafiah,” jawab Encik Zuhairi. 

“Oh begitu rupanya,” kata Syafiah seperti spy. 

“Eh Syafiah!” jerit Encik Zuhairi. 

Encik Zuhairi terus menahan Syafiah supaya tidak langgar dinding itu. Tapi malangnya ayahnya terhantuk ke dinding dengan kuat. Kepala Encik Zuhairi berdarah lalu Encik Zuhairi pengsan. Syafiah terkejut dan menangis meminta pertolongan. Ramai yang menolong Encik Zuhairi. 

Syafiah dibawa ke Balai Polis berdekatan manakala Encik Zuhairi dibawa ke Hospital Putrajaya. Pegawai polis menelefon ibu Syafiah untuk mengambil Syafiah di balai polis. Ibu Syafiah terus mengambil anaknya sambil menangis.

     

    Esoknya, jururawat di Hospital Putrajaya menelefon ibu Syafiah untuk memberitahu tentang keadaan Encik Zuhairi. “Assalamualaikum, puan. Saya ingin memberitahu bahawa suami puan boleh dibawa pulang hari ini,” beritahu jururawat itu. 

“Waalaikumussalam, baiklah saya akan segera mengambilnya,” kata Puan Hanifah.

    Setelah tiba di hospital, Puan Hanifah segera memimpin suaminya itu ke dalam kereta. Doktor berkata Encik Zuhairi menghidap amnesia dan perlu dijaga sebaik mungkin. Semasa Syafiah hendak ke sekolah, Syafiah mencium pipi dan tangan ayahnya. Dia juga mencium tangan ibunya. Syafiah pergi dengan rasa sedih.

    Malam itu, Encik Zuhairi memberi isterinya dan Syafiah baju kurung untuk dipakai semasa hari raya nanti. Syafiah berasa teruja dan pelik. ‘Ayahnya sakit, tetapi belikan hadiah ini?’ tanya Syafiah dalam hati.

  Esoknya, Syafiah pergi ke sekolah seperti biasa, tetapi hari ini dia membawa duit yang banyak untuk membeli hadiah kepada ayahnya. Syafiah sangat teruja apabila dia dibenarkan untuk mengikut rakannya ke Mydin Mall di Seremban 2. Sementara itu dia boleh membelikan baju Raya untuk ayahnya. 

Setelah hajat Syafiah dapat dimakbulkan iaitu ingin membeli baju raya untuk ayahnya, dia terus mengikut rakannya pulang. Setelah sampai di halaman rumah rakannya itu, Syafiah terus balik dengan hati yang riang. Tetapi hajat Syafiah tidak sepenuhnya tercapai. 

“Ayah!” jerit Syafiah. 

Ayah Syafiah dilanggar oleh sebuah van merah. Bukan hendak menolong, malah melarikan diri. 

“Ayah bangun! Ayah! Bangun ayah!” Syafiah menangis teresak-esak. 

Ayah Syafiah meninggal dunia di tempat kejadian itu. Hadiah yang dibawa Syafiah terjatuh dan kadnya terbuka.

‘Ayah… aku tahu saat kita masih bersama. Banyak hal yang aku telah buat kepadamy. Hal yang sangat tidak terpuji. Sering menyakiti hatimu. Tidak mendengar perkataanmy dan masih banyak lagi perkara yang aku buat.’

Apa yang tertulis itu ialah kad ucapan untuk ayahnya yang disayangi. Syafiah pulang dengan sedih teramat. Sekarang dia telah menjadi seorang anak yatim dan hanya mempunyai ibu sahaja.

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: