Certot

KENANGAN TERINDAH

Hasil nukilan AIRIEN NATASHA 2 years agoFiksyen 32

BAB 1: ANUGERAH PELAJAR TERBAIK!

“Akhirnya kita tiba juga di penghujung. Anugerah pelajar perempuan terbaik tahun enam jatuh kepada Riena Natasha binti Nor Azalan!” umum guru yang menjadi pengerusi majlis itu. Semua murid bersorak dan bertepuk tangan. Dewan itu menjadi gamat seketika.

Apabila Riena turun dari pentas, Lya dan Aina menerpa ke arah Riesha. Mereka berdua berasa sedih kerana tidak mendapat anugerah itu. Tetapi, mereka tidak pernah berdendam dengan sesiapa .Selepas mereka berbual dan mengucapkan tahniah, Rina terus meluru ke arah ibu bapanya, Puan Rohana dan Encik Azalan.

“Umi tahu yang along boleh buat. Tahniah,” kata Puan Rohana.

“Along nak hadiah apa tahun ini? Nampaknya abah kena bagi hadiah mahallah ni. Nombor satu dalam kelas, pelajar cemerlang 5A, anugerah pelajar perempuan terbaik tahun enam. Semua along nak,” usik Encik Azalan.

“Along rasa tak nak apa-apalah tahun ni. Kalau nak bagi juga, ikut umi dengan abahlah nak bagi apa,” kata Riena.

“Kalau along pun cakap macam tu, jadilah rancangan kita,” bisik Puan Rohana kepada suaminya. 

“Apa umi cakap tadi? Tak dengarlah,” tanya Riena.

Puan Rohana hanya tersenyum mendengar soalan anaknya. Dia teringat akan rancangannya dan suaminya.

*****

BAB 2: RANCANGAN RAHSIA

Sebelum hari penyampaian hadiah.

Kelihatan Puan Rohana dan Encik Azalan sedang rancak berbincang di meja makan. Mereka sedang berbincang tentang destinasi percutian pada tahun ini dan juga tentang hadiah buat anaknya, Riena. Tiba-tiba, Riena datang untuk mendengar tentang topik yang dibincangkan oleh ibu bapanya.

“Riena dah tahu ke belum Riena dapat nombor berapa periksa tahun ini?” tanya Puan Rohana.

‘Hmmm… nak bagitahu umi ke tak nak ya? Kalau bagitahu nanti tak supriselah! Nak bagitahu, tak nak, nak, tak nak, nak ke tak nak ya?’ Soalan itu berlegar-legar dalam fikirannya. Setelah beberapa minit berfikir, Riena menjawab soalan ibunya.

“Riena… Riena… Riena…. Jawablah… lamanya berfikir,” panggil Puan Rohana sambil mengoncang-goncang bahu anaknya.

“Umi tanya apa tad?” Tanya Riena untuk menutup malunya.

“Umi tanya, dah dapat ke belum keputusan periksa? Dapat nombor berapa?” ulang Puan Rohana.

“Oh! Keputusan… belum dapat lagi, umi…,” kata Riena. Ish… tak pasal-pasal dapat dosa menipu.

“Okeylah,” kata Puan Rohana.

*****

BAB 3: SELAMAT TINGGAL KAWAN

Pada hari penyampaian hadiah.

“Dengan ini berakhirlah Hari Anugerah Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Manaf, Nilai. Semoga semua murid akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Tahniah kepada semua murid yang telah mendapat anugerah. Cikgu harap kamu akan kekalkan kedudukan kamu,” ucap Cikgu Norhasniza.

Sebelum mereka pulang, semua murid tahun 6 Zamrud dan 6 Permata berkumpul buat kali terakhirnya. Mereka semua berpelukan dan bertukar-tukar nombor telefon. Mereka juga berjanji tidak akan terputus hubungan dan sentiasa memberitahu tentang pengkhabaran diri mereka.

“SM4E, come here for our last hug…okey? And then, kita minta semua orang tanda tangan, bagi nombor telefon dan kita tangkap gambar ramai-ramai ya…,” kata Nurul dan Nur serentak.

“Alah… Lya, nanti kau pergi mana? Aku dapat tawaran ke Smart Labu!” tanya Riena.

“Hah! Smart Labu ya? Aku pun dapat tawaran pergi Smart Labu! Yeay! Kita tak akan berpisah,” kata Lya dengan girang.

Selepas mereka mengambil gambar bersama-sama guru mereka buat kali terakhirnya, mereka semua pun pulang.

*****

BAB 4: HADIAH KEJUTAN

Pada pagi itu, ketika Riena sedang melayari Internet di dalam biliknya seorang diri. Tiba-tiba dia terdengar uminya mengetuk pintu biliknya dan memanggil namanya.

Tok! Tok! Tok!

“Riena… Riena,” panggil uminya.

“Masuklah umi, pintu bilik tak kunci pun,” kata Riena.

Apabila Puan Rohana melihat anaknya melayari Internet, dia hanya tersenyum.D ia menyuruh Riena segera turun ke ruang tamu kerana abah dan uminya mahu memberitahu sesuatu. Tetapi, sebelum Riena turun ke ruang tamu, uminya menyerahkan sehelai kain dan mengarah Riena mengikat kain itu. Apabila mereka tiba di ruang tamu, uminya membuka kain itu dan Riesha menjerit kegirangan .Macam kena rasuk hantu pun ada! Kenapa?Apa yang Riena nampak?

“Terima kasih umi, abah… tapi kan along dah kata, tak nak hadiah untuk anugera tu,” kata Riena.

“Tak apa lah. Along kan dah susah payah jawab soalan UPSR. Sekarang kita relax je, okey?” kata Encik Azalan sambil memberi tiket penerbangan itu kepada Riena.

Tiket ke mana ya? Tentulah tiket ke Korea! Sebenarnya, Riena ialah salah seorang dari peminat K-drama dan K-pop. Patutlah menjerit macam kena rasuk hantu!

*****

BAB 5: KEGEMBIRAAN HANYA SEMENTARA

“Perhatian kepada semua penumpang kapal terbang KP3X0, diminta bersedia di dalam kapal terbang sekarang.”

Mendengar pengumuman itu, Riena, Puan Rohana, dan Encik Azalan bergegas ke pintu pelepasan.

“Abah, pukul berapa kita akan bertolak? Along nak duduk di mana? Nak duduk dengan umi, boleh?” tanya Riena.

“Kita akan bertolak pukul 2.00 petang dan akan sampai di lapangan terbang Incheon pukul 7.58 petang. Tengoklah nombor tempat duduk di tiket kamu. Kalau nombor along 12 E, bolehlah duduk sebelah umi,” jawab Encik Azalan.

“Alah…. semua nak tengok tiket. Along nombor 12 E! Ah, yeah! Along nombor 12 E!” kata Riena.

Apabila sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea.

Sepanjang perjalanan mereka, mulut Riena tidak habis-habis berbunyi. Kalau berzikir, tidak mengapa, tetapi dia merungut. Penat berjalan jauh dengan kasut tumit tingginya. Pada masa itu, terdapat ramai pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa, Incheon. Jadi, untuk mengelakkan ada sesiapa yang hilang, mereka berpegangan tangan. Tiba-tiba, Riena marasakan abahnya tiada di sisinya. Riena memberitahu uminya tentang hal itu.

“Umi! Abah mana?” tanya Riena dengan cemas.

“Bukan ke abah pegang tangan along tadi?” umi menanya aku semula.

Mata mereka ligat mencari kelibat Encik Azalan. Tiba-tiba, Riena ternampak satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Dan, orang itu sedang terbaring lesu di atas lantai. Riena cuba melihatnya dan dia terkejut.

“Abah! !Umi, abah ada di sana!” kata Riena sambil menunjuk tempat di mana ayahnya berada.

“Di mana?” tanya umi.

Apabila Puan Rohana melihat suaminya terbaring di situ, dia cepat-cepat mengajak Riena pergi ke arah Encik Azalan. Puan Rohana manangis-nangis di sisi Encik Azalan. Riena cuba menelefon ambulan, namun mereka lambat tiba kerana Encik Azalan sudah menghembuskan nafas terakhirnya. Semua orang melihat ke arah mereka. Riena menangis dan meraung sekuat-kuat hatinya.

*****

BAB 6: KENANGAN TERINDAH

Riena termenung sendirian di tempat duduknya. Dia masih tidak boleh menerima kehilangan abahnya. Setiap hari dia termenung sendirian apabila waktu rehat tiba. Dia teringat kata-kata abahnya sebelum dia meninggal dunia.

“Nanti,k alau abah dah tiada, jangan sedih tau. Kalau Riena sedih, ayah tak tenang di sana. Riena mahu ayah tidak tenang di sana? Kalau tidak mahu jangan sedih ya. Selalu doakan abah. Riena anak yang baikkan. Walau macam mana pun, kenangan kita akan menjadi kenangan paling terindah….” Kata-kata abahnya terngiang-ngiang seperti abahnya berada di sebelahnya.

‘Betul kata Lya. Aku tidak sepatutnya terlalu sedih kerana kalau aku sedih, abah tidak akan tenang di sana. Baik aku risaukan peperiksaan yang akan diadakan tidak lama lagi,’ bisik Riena seorang diri.

Akhirnya, aku menyertai Lya dan Ainnur di kantin yang sedang makan sambil berbincang tentang surah Al-Anfal.

“Hai. Assalamualaikum. Boleh aku join sekali?” tanya Riena.

“Oh, Riena. Boleh! Baru best macam ini, jangan sedih-sedih lagi ya…,” pesan Lya.

“Baiklah. Sebenarnya, aku tiba-tiba teringat kata-kata arwah abah aku. Kenangan kita akan menjadi kenangan yang paling terindah. Jadi, aku pun rasa yang tak patutlah sedih kerana kematian. Kerana, kenangan ialah pengubatnya. Ingat tau… kenangan kita ialah kenangan ynag paling indah,” kata Riena sambil tersenyum.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: