Certot

Hadiah Hari Raya

Hasil nukilan Kaelyn 1 year agoFiksyen

 

Hadiah Hari Raya.

 

Jam menunjukkan pukul  6.00 pagi. Aini melihat kalendar yang tergantung di dinding  biliknya. Setelah melihat kalendar tersebut, Aini berasa sedih kerana baju rayanya masih  tiada. Aini sedar bahawa keluarganya ialah daripada golongan orang yang susah. Semasa  berada di sekolah, rakan-rakannya sibuk bercerita tentang hari raya yang akan menjelang  tidak lama lagi. Masing-masing sibuk menceritakan tema baju raya dan sebagainya.

 

   Sewaktu Aini mengelamun jauh, tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Aini hanya berjalan kaki pulang ke rumah kerana ibu dan bapanya tiada kereta untuk menjemputnya. Sampai sahaja di rumah, Nenek Anna iaitu jirannya  bertanya tentang  keadaan Aini yang kelihatan muram sahaja. Aini memaklumkan yang dia berasa sedih kerana Aini tiada baju raya. Jadi Aini tidak boleh menyambut Hari raya Aidilfitri. Selepas mendengar penjelasan Aini, Nenek Anna berhasrat mahu menolong keluarga Aini, tetapi Aini menolak pertolongan Nenek Anna dengan baik kerana keluarga Nenek Anna tidak menyukai keluarga Aini. Aini masuk ke dalam  rumah selepas berbual-bual dengan Nenek Anna. Aini merebahkan diri di atas tilam sambil memikirkan tentang baju rayanya.

 

Beberapa minit kemudian, emak Aini memanggil Aini supaya ke dapur. Aini segera menuju ke dapur. Puan Yana menyuruhnya pergi ke kedai untuk membeli barang dapur. Aini menurut perintah ibunya tanpa bercakap banyak. Dalam perjalanan ke kedai, tiba-tiba  seorang mak cik terjatuh di seberang jalan. Aini segera menolong mak cik tersebut. Aini terkejut kerana orang yang jatuh itu ialah Nenek Anna. 

Nenek Anna mengucapkan terima kasih kepada Aini kerana menolongnya. Sejak peristiwa itu, keluarga Nanek Anna mula menyukai Aini. Aini semakin terkejut apabila keluarga Nenek Anna memberikannya sepasang baju kurung untuknya dan beberapa pasang lagi untuk keluarganya. Aini mengucapkan terima kasih kepada keluarga Nenek Anna kerana memberikan baju raya buat keluarganya. Aini sangat bersyukur kerana pada tahun ini dia dapat raya dengan baju raya yang sangat cantik.

 

   Kesimpulannya, kita perlulah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita juga perlulah berbuat baik terhadap orang lain kerana ia pasti akan dibalas dengan kebaikan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: