Certot

Hadiah daripada Ibu

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 19

Hanani sedang berborak dengan adik-adiknya iaitu Yana dan Arif.

“Kak Hanani, ingat tak besok hari apa?” soal Arif.

“Erm… hari apa ya?” Hanani berfikir sejenak.

“Arif! Shutt!” kata Yana sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya.

“Ops!” Arif menekup mulutnya.

Hanani berasa pelik dengan perangai adik-adiknya.

“Kenapa? Besok hari apa?” Hanani benar-benar mempunyai sifat ingin tahu.

“Err.. takde apalah Kak Hanani.” Yana hanya tersengih memandang Hanani.

Hanani menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja adik-adiknya itu.

*****

Pagi itu terasa segar sekali buat Hanani. Lena betul dia tidur malam tadi.

Hanani segera menunaikan solat subuh.

Usai menunaikan solat subuh, dia segera keluar dari biliknya.

“Ibu masak apa tu?”  kata Hanani

“Ibu buat mee goreng,” jawab Puan Melia.

“Boleh Hanani tolong?” soal Hanani.

“Eh, takpelah. Nak siap dah ni,” jawab Puan Melia.

Hanani berlalu pergi dari dapur. Dia meninjau keadaan di ruang tamu.

‘Hmm… mana Yana dan Arif? Selalu pagi-pagi begini dah bangun,’ Omel Hanani dalam hati.

Tiba-tiba dia merasakan seperti ada sesuatu di belakangnya.

Perlahan-lahan Hanani memusing badannya ke belakang.

“Suprise! Selamat hari jadi Kak Hanani.” Arif dan Yana tersenyum memandang Hanani.

Hanani terkejut. Dia tidak sangka akan ada orang yang memberi kejutan untuk dirinya.

Dia melihat Yana, Arif, ibu, dan ayahnya semua berada di situ.

“Kak Hanani, cepatlah potong kek!” kata Yana yang sangat teruja.

Hanani pun segera memotong kek hari jadinya.

“Hanani, ini untuk kamu,” kata Puan Melia sambil menyerahkan sebuah kotak kecil.

Hanani membuka kotak itu. Di dalam kotak itu terdapat seutas jam yang amat cantik.

“Wah, cantiknya ibu. Terima kasih ibu,” ucap Hanani.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: