Certot

Go!Go!Go! Konflik Hari Sukan

Hasil nukilan NazlifaFy 2 years agoSukan 127

“Mama… Ryna pergi dulu ya.” Usai bersalaman dengan mamanya, dia terus berlari ke arah pintu. Sempat lagi dia melihat senyuman yang tidak pernah lekang dari ibunya itu, Puan Dina.

Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi sesi 2015. Dia tidak mahu terlambat ke sekolah barunya itu.

“Papa lama ke tunggu?” tanya Ryna sambil tersengih-sengih kerana tahu yang dia telah lewat.

“Awalnya Ryna keluar. Tak boleh lambat lagi ke?” sindir ayahnya, Encik Azman sambil memandang jam di keretanya. Dengan memulakan bacaan basmalah dia memulakan pemanduannya.

Tidak sampai dua puluh minit, Ryna dapat melihat dua bangunan sekolah.

“SMK Seri Saujana,” Ryna membaca nama sekolah itu dalam hatinya. Serta-merta dia terkenangkan peristiwa hitam setahun yang lalu. Hatinya mula sebak.

“Ryna… kenapa ni?” tanya papanya hairan apabila Ryna hanya diam meskipun mereka sudah sampai di hadapan pagar sekolah. “Kita dah sampai. Ryna belajar elok-elok tau,” kata papanya.

“Baik, pa,” balas Ryna  tidak bersemangat. Dia asyik terkenang peristiwa yang berlaku setahun dahulu. Setelah bersalaman dengan ayahnya, dia masuk ke dewan untuk sesi orientasi pelajar.

Kring!  Kring ! Kring!

Loceng yang menandakan waktu rehat telah pon berbunyi. Namun, Ryna masih berjalan keseorangan menuju ke kantin.Dia tidak dapat berkenalan dengan kawan-kawan barunya kerana asyik terfikir seseorang. Sepanjang sesi orientasi dia asyik termenung. Oleh itu, pelajar lain menyangka Ryna seorang yang sombong.

“Ryna,“seseorang menegurnya di belakang.

Ryna berpaling. Alangkah terkejutnya memandang wajah lelaki yang begitu dikenalinya.

“Boboy,” Ryna menyebut nama itu dengan terketar-ketar. “Awak masih marah ke? Sebenarnya saya….” 

“Takpe. Saya tau bukan salah awak,” Boboy memotong percakapan Ryna.

“Saya minta maaf. Banyak kali saya telefon awak, tapi awak tak angkat pun.” Ryna bagai mahu menangis.

“Waktu tu saya masih sedih dengan peristiwa tu. Tapi takpe bukan salah awak,” kata Boboy cuba menenangkan hati Ryna. Dia tahu Ryna serba salah.

Satu tahun lalu….

“Yeay! Yeay Ryna juara!” Terdengar sorokan daripada ahli kumpulan Ryna. Siapa sangka di hari sukan Ryna dapat mengharumkan nama sekolah dengan memenangi perlawanan bola jaring yang diketuai oleh dirinya.

Ryna rasa bangga. Dia bahkan tidak menghiraukan Boboy, satu-satunya kawan baiknya yang berada di sampingnya.

“Ryna, tahniah,” ucap Boboy. Dia bangga dengan prestasi rakannya. Dia juga turut mewakili sekolah dalam bola sepak. Namun, pasukannya kalah teruk.”

“Hmm.. okey,” ucap Ryna acuh tak acuh. Sebenarnya peristiwa Boboy kalah teruk dalam pertandingan bola sepak memalukan dirinya. Dia berniat mahu putus sahabat dengan Boboy.

“Ryna, lepas ni kita pergi minum di kantin ye. Lepas ni ada perlawanan bola sepak kali kedua. Sekolah kita ditakdirkan kalah kalau Boboy ada dalam pasukan. Malulah saya nak tengok,” kata salah seorang rakan Ryna yang turut menyertai pertandingan bola jaring.

“Hmm… mulut awak masinla. Ryna dan saya berkawan sejak dulu lagi. Dia akan melihat saya bermain bola sepak. Tambahan pula hari ni adalah hari sukan terakhir. Tahun hadapan kita bersekolah di sekolah menegah pula. Ryna, jom la. Tinggalkan jela dia. Awak berjanji mahu melihat saya bermain, kan?”

“Sorry Boboy, saya malulah. Saya selalu di ejek kerana berkawan dengan awak,” kata Ryna tanpa memandang muka Boboy.

“Tapi, awak sudah berjanji bukan? Ini adalah hari sukan yang terakhir kita di sekolah ini dan ini perlawanan yang saya nanti-nantikan. Sanggup awak buat begini,” kata Boboy. Dia seorang lelaki. Namun,dia dan Ryna amat rapat kerana dia selalu mengajar Ryna subjek yang Ryna lemah.

“Maaf Boboy.” Ryna meninggalkan Boboy keseorangan

*****

“Maaf Boboy.” Ryna sudah pun menangis apabila terkenang peristiwa  hari sukan itu. Dia memang kejam pada waktu itu kerana meninggalkan Boboy keseorangan. Dia juga tidak melihat perlawanan bola sepak Boboy. Keesokannya Boboy demam tetapi dia langsung tidak melawat Boboy. Itu semua kerana dia malu berkawan dengan Boboy. Sejak itu mereka tidak pernah berjumpa.

“Saya sudah maafkan awak sejak peristiwa itu. Saya tidak pernah menyimpan dendam,“kata Boboy.

“Betul ke?” kata Ryna gembira.

“Ye, awak kan kawan baik saya. Pasal peristiwa hari sukan tu lupakan saje,“kata Boboy.

“Boboy, saya nak tanya perlawanan bola sepak pada hari sukan tu, awak menang ke kalah?“kata Ryna meskipun dia tahu Boboy pasti kalah. Namun, manalah tahu kalau rakannya itu melakar keajaiban.

“Saya menang,” kata Boboy bersahaja. 


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: