Certot

Gila Gila SUKAN (temasya sukan part last)

Hasil nukilan Allis Alisha 2 years agoSukan

“Apa? Lumba lari?’’ jerit Yaya kepada semua yang mendekatkan diri denganya. “Ish… kenapa lumba lari yang mula dahulu? Bencinya aku.”

“Baguslah lumba lari. Kau kena lari betul-betul sebab bersaing dengan Anis. Kau tidak boleh kalah dengan dia,” Anis mengingatkan.

“Tahun ini aku akan lari sepenuh hati aku,’ ‘kata Yaya sambil ketawa jahat.’‘

‘Apalah yang Yaya buat sampai ketawa begitu,’ kata Anis dalam hatinya.

“Acara lumba lari akan dimulakan sebentar lagi. Diminta pasukan biru, ungu, hijau, dan merah bergerak ke padang,’ ‘kata Cikgu Azim sambil memegang mikrofonnya.

Murid-murid terus berjalan menuju ke padang dengan perasaan takut, teruja, berdebar-debar.

“Pasukan ungu sila bangun dan bergerak ke tepi kerana kumpulan awak akan dimulakan dahulu.’‘

“Kenapa kumpulan kita mula dahulu? Aku mahu duduk di belakang sekali,” kata Yaya kepada Nurin.

“Kau duduk sahajalah di depan.”

“Tidak mahu.”

“Suka hati kaulah. Aku mahu duduk di depan.”

“Barisan hadapan, sila bangun dan bergerak ke garisan permulaan,” kata Cikgu Azim.

‘‘Lari laju-laju, Nurin.”

‘Kalau Yaya dapat masuk temasya, aku kena lawan dengan dia nanti. Aduh peningnya kepala aku,’ kata Anis dalam hati.

“Ke garisan… sedia… mula!” Iisel ditiup oleh Cikgu Hashim dan semua peserta berlari menuju ke garisan penamat.

Tempat pertama, kedua, dan ketiga pasukan ungu dalam lumba lari adalah Syasya, Aiman, Amira.”

“Nurin tidak dapat? Alamak selepas ini giliran aku.”

“Okey barisan terakhir sila bergerak ke garisan permulaan.”

Jantung Yaya mula berdebar.

‘Awak boleh, Yaya,’ kata Anis dalam hatinya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: