Certot

Gila Gila SUKAN 1

Hasil nukilan Allis Alisha 2 years agoSukan 8

“Acara Temasya Sukan Kali Ke-10 akan dimulakan pada bulan Mac. Jadi saya minta semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan mengikut kumpulan. Cikgu Salmah akan memberi setiap seorang warna baju yang berasingan. Baju itu akan menentukan kumpulan kamu nanti dan jangan beritahu kawan-kawan atau rakan rakan lain yang baju kamu berwarna apa,’‘kata Cikgu Azim guru sukan paling hot di Sekolah Kebangsaan Tasik Putra.

‘‘Ish cikgu ini, mentang-mentang dia cikgu paling hot, semua kena ikut arahan dia,’‘kata Yaya kepada kawan baiknya Anis.

‘‘Biarlah cikgu Azim itu nak cakap apa pun. Eh esok kau pakai baju sukan tak,’’ kata Anis.

‘‘Mestilah pakai. Kalau tak nanti cikgu popet popet.” 

“Eh Yaya kamu bual apa tu? Dengar tak cikgu cakap apa kat depan?’‘ 

Semua yang berada di dewan itu melihat gelagat Yaya apabila dimarahi oleh Cikgu Azim. 

‘‘Eh Yaya jawablah, nanti kau kena marah.’‘ 

“Ermm saya dengar, cikgu Azim,” sambil tersenyum malu>

“Okey kamu semua dengar tadi esok kena pakai pakaian sukan. Kalau sesiapa yang tak memakai pakaian sukan, adalah yang akan cikgu buat nanti,’’ kata Cikgu Azim sambil tersenyum jahat.

*****

Esoknya di Sekolah Kebangsaan Tasik Putra, Yaya memakai pakain sukan yang ditentukan oleh Cikgu Nora. Tiba-tiba…. 

‘‘Apa! kenapa pakaian sukan kau warna lain ni, Anis. Kenapa tak sama dengan aku?’’ jerit Yaya kepada Anis. 

‘‘Ish kau ni. Kan aku dah cakap semalam kat wechat  yang baju sukan aku kumpulan biru, yang kau pula warna apa tapi kau tak balas balas, jadi aku off lah wechat.’‘ 

“Jadi kumpulan aku dengan kumpulan kau bersainglah.’‘ 

“Ermm nampaknya begitulah.’‘ 

“Acara latihan sukan akan dimulakan sebentar lagi. Saya minta semua pelajar bergerak ke kumpulan masing-masing,’’ kata Cikgu Azim. 

‘‘Eh dah mula dah. Bye Yaya. Nanti kita jumpa kat kantin tau tempat biasa,’’ jerit Anis kepada Yaya. 

‘‘Okey!’‘ 

Semua murid bergerak ke kumpulan masing-masing. Jam tangan Cikgu Azim menunjukkan pukul 8.15 minit pagi. 

‘‘Azim, kalau boleh setiap kumpulan bertanding di kawasan lumba lari dulu sebab masa pun tak banyak. Kita tak boleh sambung esok sebab semua murid cuti,’’ kata Cikgu Omar kepada Cikgu Azim. 

‘‘Okey, kalau macam tu latihan pertama acara lumba lari.”

“Baiklah cikgu dah bincang dengan cikgu sukan yang lain yang acara yang pertama adalah acara  lumba lari.’‘

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: