Certot

Geng cupcake learn a lesson

Hasil nukilan Naufal 5 B 1 year agoFiksyen 6

Kelihatan ramai orang sedang beratur dengan panjang di hadapan counter bagi memesan cupcake idola masing-masing. Ada yang sedang sibuk menghantar ataupun post gambar cupcake di kedai itu dan mereka semua begitu seronok dan teruja.

“Nami, tolong beritahu cef ,kita tolong buatkan tiga cupcake jenis lobak merah strawberi,” arah seorang wanita.

Terima kasih!

Mereka terdiri daripada tiga  perempuan berdarah kacukan, iaitu Bibi Sweet. Dia adalah seorang tukang yang handal dalam rasa sama ada manis, masam, pahit, ataupun pedas. Dia juga seorang cef yang terkemuka. Bibi Sweet seorang yang dikenali oleh orang. Kedua ialah Nami Chimy.N ami aialah seorang designer dalam bidang cupcake. Orang ketiga adalah Aikawa Michin iaitu seorang handal dalam bidang mengira wang.

Pada suatu hari, datangnya sebuah geng yang dikenali sebagai geng pancake paling popular di London, Itali, Orlando, dan Rusia. Mereka juga seorang yang merendah diri dan juga amat baik hati. Tetapi disebabkan batu api daripada orang, terjadi pergaduhan sesama sendiri.

“Aku memang tidak puas hati dengan sikap geng si pancake itu! Kalau boleh, aku mahu sahaja beri mereka makan cili api aku.”

“Apa yang susahnya, Aikawa. Saya ada rancangan. Apa kata kita pergi kacau and sabotaj kedai mereka?”

*****

Misi sabotaj kedai Pancake….

Kelibat mereka yang baru sahaja keluar daripada kereta Myvi Hello Kitty milik Michin. Terus mereka membawa lampu suluh dan masuk ke dalam kedai pancake itu secara perlahan-lahan. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi.

Tap! tap! tap!

“Helo, saya Michin.” Sempat lagi Michin selfie sebenar di kedai pancake itu. Michin tersenyum comel.

“Saya tahu Michin itu awak,” balas Bibi dengan muka selamba.

Sebenarnya mereka tidak perasan bahawa yang di kedai itu ada dipasangkan CCTV di merata-rata tempat. Tiba-tiba sahaja bunyi CCTV loceng kecemasan berbunyi. Tiba-tiba polis di hadapan berkumpul secara ragam.

“Angkat tangan sekarang!” ujar seorang polis yang memegang pistol itu.

“Minta maaf, semua kerana saya tertangkap.” Aikawa sememangnya bersalah terhadap rakan-rakannya dan kepada semua geng pancake. Lalu seorang daripada geng pancake menegurnya.

“Saya tahu. Awak cemburu?”

“Emm… ya.”

Perempuan itu tersenyum. Akhirnya memang mereka malu. Tetapi, geng Pancake memutuskan untuk mereka semua bergabung dengan kumpulan. Kini, ramai orang yang datang ke kedai mereka semua.

Kini baru Michin, Aikawa, dan Bibi tahu sebenarnya perbuatan mereka ini memang salah. Terapi, akhirnya mereka sendiri belajar untuk tidak melakukan kesilapan.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: