Certot

Gemuk is Awesome!

Hasil nukilan Anis Nazira 2 years agoSukan 100

Aku seorang atlet yang hebat dalam acara lontar peluru. Dengan kekuatan badanku yang sihat ini ,tiada siapa berani membuliku. Tetapi, dengan badan ini juga, ramai orang menghinaku besar serta gemuk.

Namun, dengan kejayaanku dalam acara tersebut tidak mematahkan semangatku untuk terus bergiat aktif dalam bidang ini.

Tetapi, semakin lama sabar, gunung juga boleh meletup. Inikan pula insan biasa yang diejek giant ini.

Aku juga menyimpan hasrat ingin kurus, kerana kelazimannya, atlet adalah seorang yang kuat dan ramping. Tetapi, apakah yang harus aku buat dengan berat yang mencapai 80 kilogram di usia muda ini? Aduhai… susahnya mahu kurus!

Sebagai langkah permulaan, aku sentiasa beriadah di taman. Biarpun banyak mata memandang pelik, namun apa salahnya? Manusia boleh berubah menjadi seorang yang lebih baik. 

Sedang aku berjoging di taman, aku ternampak satu poster yang agak menarik. Poster tersebut adalah tawaran untuk cepat kurus. Tanpa teragak-agak, aku segera mendaftar di Internet. Biarpun bayarannya mahal, tetapi aku nekad. Aku hendak kurus seawal dua bulan!

Seminggu kemudian….

Pendaftaran aku telah lulus dan aku telah pun membayarnya. Aku telah menyediakan barang yang diperlukan. Pusat rawatan tersebut terletak agak jauh dari rumah. Jadi aku menaiki bas untuk ke sana.

Aku tiba di sebuah bangunan yang tidak cantik memandang kerana persekitarannya yang kotor. Setengah jam mencari, namun pencarianku tidak membuahkan hasil, malah hanya membazirkan tenaga. Betapa hancurnya hatiku apabila menyedari yang aku telah ditipu.

Aku amat serik. Aku merugikan banyak benda. Duit rawatan dan duit tambang telah aku korbanku demi mencapai impianku. Aku mulai sedar. Aku memadamkan hasrat untuk kurus dan terus buang jauh jauh dari kotak memori. Badan berisi ini lebih bermakna untukku.Tak kisahlah jika tidak kurus sebab gemuk is awesome!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: