Certot

Gadis Youtube

Hasil nukilan Nurul Haziqah 2 years agoFiksyen 34

Farisha asyik sahaja menghadap skrin komputer ribanya. Dari petang tadi sehinggalah tenggelamnya matahari. Apakah yang menarik perhatian Farisha sampai menghadap komputer ribanya selama itu? Ingin tahu?

Farisha gemar menonton youtubers seperti Zoella, Alisha Marie, Conner Dennis, dan ramai lagi. Itulah yang menarik perhatianya sampai dia sendiri pun bercita-cita mahu menjadi seperti mereka. 

“Isha,ada nampak buku akak?” Tiba-tiba kakaknya, Sarah muncul di muka pintu biliknya.

“Buku mana?” soal Farisha sambil melihat sekeliling,a cah-acah mencari di mana buku yang Sarah sedang cari, tetapi tidak di ketahui oleh Farisha apakah tajuk buku itu. 

“Buku novel yang akak baru beli hari tu,” jawab Sarah lalu masuk ke dalam bilik Farisha. Mata Sarah turut liar mencari buku yang di belinya pada tempoh hari. Farisha kembali fokus pada komputer ribanya.

Mata Sarah tertangkap pada rak buku Farisha.S arah segera berjalan ke rak buku milik Farisha. Dia membelek buku-buku yang di tersusun di rak buku Farisha. 

“Akak, janganlah sepahkan rak buku Isha. Nanti Isha juga yang kena kemas!” ujar Farisha, tetapi matanya masih fokus pada skrin komputer ribanya. 

“Suah jumpa!” Akhirnya Sarah sudah jumpa buku miliknya.

“Baguslah macam tu.Boleh keluar sekarang?” soal Farisha dengan lembut. Dia tidak pernah bertutur dalam bahasa yang kasar sama ada dengan keluarga, guru-guru, mahupun rakan-rakannya. 

“Boleh. Lain kali, jangan sorok buku akak!” Sarah menepuk perlahan belakang Farisha yang asyik menonton YouTube. 

“Bukan soroklah. Isha nak baca, tetapi tak ada masa pula.” Farisha menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

“Isha ini suka sangat membazir masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah .Asyik YouTube, YouTube, YouTube,” Sarah mula membebel. 

“Ada faedahnya. Kita boleh belajar cara kemaskan bilik ,susun jadual dengan teratur, dan banyak lagi.” Farisha seperti mempromosikan YouTube kepada Sarah. 

“Masalahnya sekarang, jadual Isha pun tidak betul. Sepatutnya, sekarang waktu makan malam dengan keluarga.” Sarah menuding jarinya ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul 8.20 malam. 

“Okey, nanti Isha keluar. Nak tutup laptop,” jawab Farisha. 

Sarah beredar daripada bilik Farisha lalu mengatur langkah ke meja makan. Kelihatan Puan Suhana dan Encik Rizal sedang bersedia menunggu Farisha dan Sarah untuk makan. Maklumlah, Puan Suhana dan Encik Rizal tiada sesiapa selain kedua-dua anak perempuan mereka itu. 

“Sarah, mana adik kamu?” soal Puan Suhana. 

“Dia datang sekejap lagi,” jawab Sarah. 

Muncul wajah Farisha keluar dari daun pintu biliknya. Farisha mengatur langkah ke meja makan lalu duduk di kerusi yang kosong di sebelah Puan Suhana. Muka Farisha sedikit muram.

*****

Selepas makan, Farisha terus meluru masuk ke dalam bilik lalu menghidupkan komputer ribanya. Penghawa dinginnya di hidupkan bagi menyejukkan lagi biliknya itu dan dapat menyelesakan dirinya. Keluarga Farisha adalah orang yang berada, jadi tidak hairanlah yang Farisha boleh memiliki apa yang dia mahu.

“Nak buat video? Bolehkah aku jadi terkenal seperti Zoella?” Dia berfikir seketika. 

Farisha keluar daripada biliknya. Matanya liar mencari kelibat papanya, Encik Rizal. Encik Rizal sedang asyik menonton Buletin Utama di kaca televisyen. Farisha duduk di atas sofa yang bertentangan dengan sofa yang Encik Rizal sedang duduk. 

“Papa, boleh Isha beli kamera?” soal Farisha spontan. 

“Nak buat apa?” soalan Farisha masih tidak dijawab, malah Encik Rizal pula yang menanyakan soalan kepada Farisha. 

“Nanti Isha ada jamuan awal tahun. Isha tak ada kamera mahu tangkap gambar.” Farisha menipu. 

“Pakailah kamera telefon Isha dulu. iPhone 6 kan jelas kameranya. Kenapa perlu beli kamera?” jawab Encik Rizal. 

“Papa tahulah yang sekolah Isha tidak dibenarkan bawa telefon?”

“Itu papa tahu. Maksud Isha sekarang ini, kamera dibenarkan bawa ke sekolah?” soal Encik Rizal. 

Farisha menghangguk. “Baiklah, esok kita pergi kamera.” Dengan rela dari hati, dia membenarkan anak kesayangannya itu membeli kamera. 

“Terima kasih, papa!” jawab Farisha dengan teruja lalu masuk ke dalam biliknya. Kamera Samsung NX Mini Smart asyik terbayang-bayang di fikirannya sampai dibuai ke mimpi.

*****

Keesokan harinya, Farisha bersiap pada pukul 12.00 tengah hari kerana papanya akan menjemputnya pada pukul 12.30 tengah hari selepas sahaja Encik Rizal habis mesyuarat. Sambil menunggu papanya menjemputnya, dia menonton beberapa video yang dimuat naik oleh Jeanine Amapola iaitu youtuber yang menjadi inspirasinya. 

Hon! Hon! Hon!

Bunyi hon yang kuat dari luar rumah Farisha. Farisha sudah agak yang itu adalah papanya. Farisha mematikan komputer ribanya lalu keluar dari pintu rumahnya. Dia segera berlari ke arah kereta milik Encik rizal yang terparkir kemas di hadapan pagar rumahnya. Selepas sahaja Farisha masuk ke dalam kereta, Encik Rizal terus meluncur laju ke kedai kamera.

*****

Selepas membeli kamera, mereka pulang ke rumah. Dengan teruja, Farisha terus masuk ke dalam biliknya lalu cepat-cepat mencuba kamera barunya itu. Lantas Farisha memuat naik video pertama yang dirakamnya.

Semakin ramai subscribers dan penonton Farisha, tetapi malangnya pada suatu hari, seorang youtuber dari Malaysia cemburu kerana penonton-penontonnya sudah beralih perhatian kepada Farisha. Bagi membalas dendam, youtuber itu atau lebih dikenali sebagai LollipopNurin telah mengenakan gurauan yang melampau terhadap Farisha lalu memuat naik video itu di Youtube dan membuatkan video itu viral sehingga memalukan nama Farisha. 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: