Certot

Gadis Taekwondo

Hasil nukilan balqis qarirah 1 year agoSukan

“Hanie! Hanie! Hanie! Lawan! Lawan! Lawan!” Sorakan daripada Excel Martial Arts Network kepada Hanie.

KRINGGGG! Pengadil membunyikan loceng.

Hanie dan lawannya dihadapkan kepada pengadil untuk mengetahui keputusan. Pengadil mengangkat tangan kiri. Tangan Hanie diangkat menandakan Hanie juara individual sparring.

Excel Martial Arts Network bersorak gembira atas kemenangan Hanie. Nombor Hanie dipanggil untuk naik ke atas pentas. Hanie berada di tempat pertama. Hanie dipakaikan pingat emas. Hanie dan kumpulannya mengambil gambar dengan memegang banner yang bersimbolkan simbol Excel Martial Arts Network.

Hanie bersyukur atas kemenangannya. Dia telah dipilih untuk menjadi wakil negeri Selangor pada kejohanan taekwando di Ipoh tahun hadapan.

Taekwondo adalah sukan yang sangat dia sayangi. Hanie tidak akan meninggalkannya  selagi dia tidak mendapat tali pinggang yang terakhir. Segala kenangannya akan dia simpan. Itulah Hanie, si Gadis Taekwondo.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: