Certot

Gadis Sombong

Hasil nukilan Cinta 1 year agoFiksyen 13

Qisha ataupun lebih dikenali sebagai Gadis sombong. Dia berasal dari keluarga kaya-raya dan tidak suka berkawan dengan orang miskin. Ibu bapanya sering menasihati supaya tidak berkelakuan begitu. 

“Qish ,bangun. Solat subuh,” kata Puan Shakilah.

“Ibu solatlah dahulu. Nanti Qish solat.” Sebenarnya Qisha malas hendak solat.

Begitulah selalunya apabila disuruh solat. Pelbagai alasan bagi mengelak daripada Puan Syakila.

“Baiklah, tetapi janji lepas ibu solat….”

“Ya, Qisha janji.” Cepat-cepat dia memotong percakapan Puan Shakila.

                            *****

Ppagi itu, Qisha terserempak dengan seorang gadis miskin. Dia hanya menumpang di rumah kawan ayahnya untuk sementara waktu.

“Oh… rupa-rupanya kau. Aku ingat orang yang meminta sedekah tadi.”

“Cantik bukan jam tangan saya? Ini mahal tahu. Saya beli di London pada tahun lepas,” Qisha menyindir budak perempuan itu,Sarah.

“Qisha, saya tahu saya ini budak miskin. Tidak sama dengan awak yang kaya-raya. Tetapi, saya pun ada hati dan perasaan seperti awak,” kata Sarah dengan sopan.

“Sudah tentulah. Ingatkan tadi lupa diri.” Qisha terus berlalu dari tempat itu.

                             *****

Ketika Qisha pulang dari rumahnya, dia mendapati ibunya belum pulang dari rumahnya. Ayahnya sedang bekerja di luar negara, iaitu di Korea.

“Akhirnya hidup aman. Bolehlah aku buat apa saja yang aku mahu,” katanya dengan gembira.

Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon itu seperti ingin diangkat.

“Assalamualaikum. Ini Cik Qisha?” Suara itu seperti ada yang ingin diberitahukan kepadanya.

“Ya, ada apa.” 

“Ibu cik kemalangan pada petang tadi.”

Suara itu menusuk ke telinga dan hati. Qisha seperti ingin menagis, tetapi ditahan air matanya  daripada keluar. Pedih rasanya apabila mengetahui orang yang kita sayangi kemalangan.

“Boleh saya tahu di hospital mana?”

Dia pun memberitahu di mana Puan Shakila itu berada sekarang. Qisha terus berlalu pergi dari rumah banglo tiga tingkat itu.

Ketika di hospital itu dia mencari nombor bilik 302. Apabila telah jumpa nombor bilik itu, dia melihat ibunya sudah sedar.

“Ibu okey?”

“Ibu tidak apa-apa. Cuma luka kecil sahaja.”

Qisha bersyukur kerana ibunya tidak teruk sekali lukanya.

“Qisha boleh janji dengan ibu?”

“Janji apa, ibu?” Dia seperti tertanya tanya mengapa ibunya berkata demikian.

“Qisha kena janji kepada ibu supaya tidak mementingkan diri sendiri dan jangan sombong.”

Qisha memikirkan jawapan yang diberi oleh ibunya sebentar tadi.

“Baiklah. Qisha janji tidak buat lagi.”

Sejak itu dia tidak sombong dengan sesiapa lagi. Malah, dia menjadi kawan baik kepada Sarah. Mereka selalu mendermakan apa sahaja kepada orang yand dalam kesusahan dan rumah anak yatim.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: