Certot

Gadis Kampung

Hasil nukilan Nur Hidayah about 3 years agoSukan 47

Aina berasa amat sedih sejak dia berpindah ke Kuala Lumpur. Aina juga telah ditukarkan ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Dia sering diejek rakan-rakannya hanya kerana dia berasal dari kampung.

“Hei gadis kampung, tahu tak yang kau tak layak bersekolah di sini,” ejek Riana.

Entah mengapa sejak Aina bersekolah di sekolah barunya, dia sentiasa diejek, dicemuh, dan dimalukan oleh Riana.

Namun, Aina sentiasa bersabar ketika diejek.

Dia percaya, satu hari nanti pasti rakan-rakannya tidak akan mengejeknya lagi.

*****

Suatu hari, Aina menyertai pertandingan badminton yang dianjurkan oleh sekolahnya. Dia hanya mahu mencuba nasib. Aina sentiasa berlatih dengan bersungguh-sungguh.

“Aina, kamu kena fokus ketika sedang bermain. Tumpukan perhatian kamu,” nasihat Arina.

“Baik, kakak.” Aina tersenyum mendengar nasihat kakaknya.

Kakaknya sentiasa melatih Aina tanpa jemu.

*****

Tiba hari pertandingan, Aina berasa amat berdebar sekali. Ketika perlawanan berlangsung, Aina sentiasa fokus. Akhirnya, Aina dinobatkan sebagai juara.

Sejak dari hari itu, Aina tidak lagi diejek oleh rakan-rakannya.

“Aina, saya minta maaf sebab selalu ejek awak,” ucap Riana.

“Saya dah maafkan awak,” kata Aina.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: