Certot

GADIS GILA ‘SHOPINNG’

Hasil nukilan GADIS UNGU 3 years agoFiksyen 83

 Dania ialah seorang gadis berumur 12 tahun yang bijak, prihatin, bergaya, tetapi agak boros. Walaupun dia masih muda, tetapi dia juga dibekalkan kad kredit yang oleh ibu bapanya. Namun, malangnya dia terlalu boros sehingga dia akan selalu dimarahi oleh ibu bapanya. Bagaimanapun kad kreditnya tidak pernah ditarik semula kerana setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, dia sering mendapat keputusan yang amat cemerlang.

Keseronokan Dania menggunakan kad kredit tanpa had itu tidak lama. Keputusan peperiksaan percubaan UPSR miliknya kurang cemerlang apabila dia mendapat 2A 2B 1C dan C itu ialah Matematik! Ibu bapanya amat terkejut tatkala melihat kad laporan terbaru anaknya itu. Maka atas sebab tersebut, kad kreditnya telah ditarik semula sehinggalah hari pengumuman keputusan UPSR, tetapi wang saku sekolah masih diberi. Sejak itu Dania sudah tidak boleh lagi mengumpul kasut kegemarannya kerana kengkangan kewangan yang menyempit.

Namun Dania tidak mudah putus asa. Dania mula belajar menabung,  tetapi ada sahaja dugaan yang perlu ditempuh. Antaranya ialah apabila nafsu Dania tergugat tatkala melihat makanan di kaunter kantin yang enak tidak terkata.  Selain itu, poketnya bocor lalu duit sakunya hilang begitu sahaja. Ketiga, Dania membuat tabungan, tetapi tidak lama dia menabung, duit mulai menyusut kerana tidak tahan mahu ber‘shopping’ baju baru.

Suatu hari, Dania terjumpa seorang gadis tempang yang bernama Nora. Dania mengajak gadis tersebut duduk makan bersamanya. Dania menyuruh Nora bercerita berkenaan kaki Nora yang tempang. Lalu Nora mencerita akan kisah dukanya itu. Dahulu Nora seorang kanak-kanak biasa tetapi selepas terjadi sebuah peristiwa ngeri yang meragut nyawa ibu bapanya serta kenormalan kakinya. Dania sempat bertanya impian Nora yang tidak kesampaian. Antara impian Nora ialah memakai kasut Converse dan memiliki kaki walaupun dia tahu itu adalah mustahil. Dania berasa amat simpati dengan nasib Nora dan berazam ingin membantu Nora.

Keesokan harinya, Dania memohon sesuatu yang tidak disangka-sangka iaitu menyuruh membelikannya sepasang kaki palsu yang canggih buat Nora dan menyuruh ibu bapanya menjadikan Nora sebagai anak angkat keluarga itu. Ibu bapa Dania tanpa banyak soal bersetuju. Nora diajak untuk tinggal di rumah Dania. Dania berasa amat gembira kerana dia mempunyai teman di rumah.

Dania berasa seronok tatkala Nora sudah serasi dengan kaki barunya kerana dia boleh mengajak Nora untuk menemaninya membeli-belah. Kini Nora sudah boleh berjalan seperti biasa, berlari, dan menari seperti manusia normal. Dania juga telah menunaikan impian Nora iaitu memakai kasut jenama Converse. Dania kini sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepadanya dan kad kredit miliknya yang sudah dikembalikan sudah tidak lagi digunakan untuk membeli-belah, tetapi dia banyak menggunakan kad kreditnya untuk membuat kebajikan di rumah anak-anak yatim.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: