Certot

Gadis Coklat

Hasil nukilan Ain Pesen 3 years agoFiksyen 30

Ting!

Selamat datang!Bunyi loceng kedai coklat yang bernama Little Sweet Chocolate.

“Berikan saya coklat yang berbentuk hati ini dua puluh paket ya?” Kedengaran suara pelanggan kedai coklat tersebut.

“Baiklah. Saya akan bungkuskan coklat ini. Jumlahnya sebanyak RM 350.00,” balas penjaga kaunter.

“Untuk pengetahuan kamu, saya memang suka beli coklat di sini. Harganya berpatutan, coklatnya pun sedap! Saya beli coklat ini pun untuk tea party yang mummy saya anjurkan. Boleh saya tahu siapa pemilik kedai ini? Sebelum itu, nama saya Fasha,” terang pelanggan yang bernama Fasha panjang lebar. Amboi, siap ada pengenalan lagi, tukang cakap upahan agaknya.

“Terima kasih kerana suka kedai kami. Sayalah pemilik kedai ini. Nama saya Farah,” balas Farah, iaitu pemilik kedai coklat tersebut.

Selesai berjual beli, Fasha pulang ke rumahnya.

“Mummy, Fasha baru pulang. Ini coklat yang dipesan. Mummy, I like this chocolate shop very much!The owner so sporting!” kata Fasha.

“Wah, cantiknya coklat ini! Pandai Fasha pilih. Mummy cadangkan apabila daddy pulang, kita minta tolong daddy untuk perkembangkan bisnes penjualan coklat ini ke luar negara. Lagipun, daddy memang cari penjual coklat untuk bisnesnya,” balas ibu Fasha.

Ibu Fasha merupakan seorang suri rumah 24 jam. Suaminya pula, iaitu ayah Fasha bernama Tan Sri Hisham yang terkenal. Tan Sri Hisham terkenal kerana bisnesnya yang maju sampai luar negara.

“I like you idea mummy!” balas Fasha.

Pada tea party yang dianjurkan oleh ibu Fasha, memang ramai yang memuji coklat tersebut.

Seminggu berlalu, Tan Sri Hisjam pun pulang ke Malaysia.

“Daddy ingat tidak yang daddy mahu cari penjual coklat?” tanya Fasha.

“Daddy ingat, sampai sekarang tidak jumpa orang jual coklat lagi. Susah mahu cari penjual coklat yang sedap,” balas Tan Sri Hisham kepada anaknya, Fasha.

“Pada tea party yang dianjurkan minggu lalu, saya ada beli coklat. Kedai itu memang murah dan coklat yang sedap. Ramai orang memuji kesedapan coklat tersebut. Daddy kembangkanlah bisnes coklat tersebut ke luar negara,” terang Fasha.

“Iya, jom kita pergi ke kedai tersebut!” balas Tan Sri Hisham dengan nada yang terkejut.

Ting!

Selamat datang..Seperti biasa, loceng kedai coklat tersebut kedengaran.

“Hai, Farah. Ingat saya? Fasha. Saya bawa ayah saya, iaitu Tan Sri Hisham untuk….” Belum sempat Fasha habiskan kata-katanya sudah dipotong oleh Farah.

“Tan Sri Hisham? Yang terkenal dengan bisnesnya? Ayah Fasha?” jerit Farah dengan nada terkejut.

“Ya. Dia mahu perkembangkan bisnes awak Farah,” balas Fasha dengan senyum yang manis.

“Mari kita berbincang!” kata Tan Sri Hisham kepada Farah.

Selesai berbincang, Farah pun bersetuju untuk perkembangkan bisnesnya ke luar negara.

Akhirnya, Farah berjaya memperkenalkan bisnesnya ke luar negara.Bisnesnya sungguh maju. Farah juga telah menjadi anak angkat Tan Sri Hisham.

‘Little sweet chocolate!’ jerit Farah dalam hati.

                         

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: