Certot

Gadis Badminton

Hasil nukilan Nana 1 year agoSukan

“Lambatnya habis masa PJ. Saya mahu masuk kelas. Bosanlah bersukan,” kata Yumi dengan perasaan marah kepada kawan baiknya, Ami.

“Bersukan ini baik untuk kesihata! Tetapi, saya peliklah. Awak jarang-jarang bersukan, tetapi badan awak kurus sahaja. Tidak seperti saya. Walaupun main badminton dua pusingan, tetapi berat tidak berkurang pun,” jawab Ami dengan bersahaja.

“Walaupun saya jarang bersukan, tetapi saya mengamalkan pemakanan yang sihat,” balas Yumi dengan bangga.

Kring!

“Loceng sudah berbunyi. Mari masuk kelas!” kata Ami dengan gembira.

*****

Di rumah Yumi.

“Hmm, entah mengapa sekarang saya rasa mahu bermain badminton pula,” kata Yumi seorang diri.

Tiba-tiba, telefon Yumi berbunyi menandakan ada mesej yang diterima. 

“Kenapa pula Ami mesej aku malam-malam begini?” bebel Yumi sambil mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

‘Maaf Yumi sebab mesej kepada kau malam-malam. Sebenarnya aku mahu beritahu sesuatu kepada kau. Dalam beberapa hari ini aku tidak boleh hadir kesekolah sebab aku demam panas. Tolong beritahu kepada cikgu, ya? Satu lagi,t olong beritahu juga kepada Kapten Adam yang aku  tidak boleh hadir latihan badminton beberapa hari.’

“Hmm… yalah,” kata Yumi.

*****

Keesokan harinya

“Mana Kapten Adam? Ha, otu pun!” kata Yumi sebelum pergi berjumpa dengan Kapten Adam.

Selepas memberitahu kepada kapten Adam.

“Eh, sekejap. Yumi, saya mahu jumpa awak nanti rehat,” kata Adam lalu pergi tanpa menunggu jawapan daripada Yumi.

“Baik, kapten,” kata Yumi dengan penuh tanda soal.

*****

Pada waktu rehat.

”Yumi, Kapten Adam mahu jumpa dengan awak!” kata Amzar kepada Yumi.

“Okey,” balas Yumi.

*****

Di Pondok.

“Maafkan saya sebab panggil awak. Sebenarnya saya ada sesuatu mahu beritahu awak. Petang ini awak sibuk?” tanya Adam sambil melihat pemandangan di padang sekolah.

“Tidak. Setiap petang saya free. Kenapa, kapten?” tanya Yumi, gelisah.

“Bagus. Petang ini kita jumpa di padang sekolah. Okey, bye,” kata Adam sambil berlalu pergi.

“Tidak,” jawab Yumi lalu mengeluh.

*****

Selepas beberapa hari.

Pada waktu petang.

“Eh, Yumi! Apa awak buat di sini? Awak pun berlatih badminton? tanya Ami, hairan dengan kehadiran Yumi pada petang itu.

“Ya,” jawab Yumi lalu tersenyum.

*****

Selepas latihan badminton.

“Yumi, hebatnya awak main badminton tadi. Sejak bila awak main badminton? Siapa yang latih?” tanya Ami dengan soalan yang bertalu-talu.

“Suatu hari nanti saya beritahu awak, ya?” kata Yumi sambil tersengih.

“Yumi!” jerit Ami lalu mengejar Yumi.

Sekarang, Yumi mula bersukan. Kerana ketangkasannya bermain badminton, dia telah mewakili sekolah untuk pertandingan badminton hingga ke peringkat negeri. Semua ini kerana kerana jasa baik Kapten Adam!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: