Certot

Fobia?

Hasil nukilan Amirah Azmi 2 years agoSukan 62

           

Aku memandang ke arah ibu, ayah, dan rakan-rakanku yang sedang menyokongku di tempat duduk penonton. Sorakan mereka membuatkan semangatku lebih berkobar-kobar. Bukan apa, aku lebih bersemangat pada kali ini, kerana aku tidak pernah menyertai suatu pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa yang diadakan di England.

          “All the participants can get ready. Okay, I will announce the names of the participants that will compete in first round. Ann Christina from England and Kyra Najwa from Malaysia,” kata seorang juruacara yang berbangsa inggris itu.

          “Okay, get ready.” Juruacara itu memandang aku dan pesaingku itu. 

Prit!

Bunyi wisel menandakan perlawanan sudah pun bermula. Aku sungguh yakin kali ini kerana aku sudah pun mendapat tali pinggang hitam pada minggu lepas. Tiba-tiba tanpa diduga, pesaingku itu mula menyerang. Aku tidak sempat mengelak dan terus aku terkulai di lantai akibat serangan ganasnya itu.

          “Kyra!” 

Aku hanya sempat mendengar jeritan ibu memanggil namaku sebelum aku pengsan.

*****

          “Kyra, jangan banyak bergerak sangat kepala itu. Awak itu belum fully recovered lagi tahu! Rehat sahaja dalam bilik. Doktor bagi Kyra cuti seminggu, lepas itu baru Kyra boleh pergi sekolah.” Pagi-pagi lagi aku sudah mendapat ceramah free daripada pensyarah aku yang tercinta itu.

          “Ya, mama. Faham.” Aku hanya menghembus nafas kesal. Kesal kerana tidak berhati-hati semasa itu. 

Fobia. Ya, aku fobia. Aku sudah fobia untuk menyertai apa-apa acara taekwando. Sukan yang sangat menarik bagiku namun apakan daya, aku tidak boleh teruskan sukan ini.

*****

          Masa seminggu itu hanya berlalu dengan cepat sekali. Aku sudah pun pergi ke sekolah seperti biasa. Rupa-rupanya satu sekolah sudah kecoh fasal kes aku itu. 

‘Oh, rupa-rupanya aku atlet taekwando terkenal juga ya,’ desis hatiku.

          Faryani, rakan karibku terus meluru ke arah aku. “Kau okey ke tidak?” 

Aku hanya tergelak kecil memandang reaksi rakanku itu. “Isk, kau nampak aku berjalan dengan baik, bukan? Okeylah maknanya itu.”

          “Oh, lega hati aku. Aku takutlah kalau kawan aku ini sudah nazak sangat.”

          “Kau ini! Jahatlah. Mengarut sahaja kerja kau. Cuma, aku ada problem sedikit.” Mukaku yang tersenyum tadi mula masam.

          “Apa dia?” Muka Faryani semakin hampiriku.

          “Hmm, aku tidak mahu lagi masuk taekwando. Aku tidak mahu masuk apa-apa sukan pun. Aku sudah trauma dengan apa yang terjadi pada aku hari itu. Aku yakin jika aku masuk apa-apa sukan lagi, mesti aku akan cedera lagi.” Aku mencebik.

          “Kau ini, Kyra. Apalah! Kita ini rakyat Malaysia, okey? Majulah sukan untuk negara! Cepat sangat mengalah! Sukan perlukan semangat.” Faryani cuba menasihatkan aku, namun nasihatnya itu seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri aku.

          “Sudahlah. Tidak mahu lagi cakap fasal ini.”

*****

          “Kyra Najwa, awak masih ada peluang. Baru sahaja cedera sedikit! Awak tahu tidak, satu Malaysia sudah kecoh fasal awak. Awak sepatutnya boleh buktikan kepada semua rakyat Malaysia yang awak tidak lemah dan tidak senang untuk dikalahkan. Awak perlu usaha lagi!” kata Cikgu Lafizah. Aku hanya terdiam. Entahlah, hatiku ini keliru sama ada mahu teruskan sukan taekwando ini atau biarkan sahaja.

          Jika mahu ikutkan hati, aku tidak mahu teruskan lagi. ‘Ah! Fikiran aku bercelaru. Hati kata tidak, otak kata ya. Mana satu?”

          “Oh ya, cikgu hanya mahu beritahu kamu. Minggu depan ada lagi perlawanan peringkat negeri. Ikut kamulah. Kamu mahu ataupun tidak.” Cikgu Lafizah pun seolah-olah sudah penat memujukku dan biarkan aku yang membuat keputusan.

*****

          “Kyra, kamu sudah bersiap untuk ke tournament pagi ini?” kata ayah. 

Ya, aku mengambil keputusan untuk meneruskan sukan ini. Tali pinggang hitam tidak akan aku sia-siakan.

          “Ya, ayah.”

*****

          ‘Alhamdulillah. Aku dapat tempat pertama dalam Taekwando Peringkat Negeri itu. Sekarang, baru aku sedar. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Aku akan terus bersukan! Lagi-lagi dalam taekwando. Ya, majulah sukan untuk negara.’ Bibirku mengukir senyuman gembira.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: