Certot

Fikir Sebelum Bertindak

Hasil nukilan Fikir sebelum bertindak 2 years agoFiksyen

Syakila ialah pelajar baru di Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana. Syakila terpaksa berpidah ke sekolah baru kerana Syakila sekeluarga baru berpindah ke Melaka atas urusan kerja ayahnya. 

Esok ialah hari pertama Syakila di sekolah tersebut. Hatinya berdebar untuk ke sekolah baru. Dia menyangkakan bahawa sekolah baharunya itu akan lebih baik daripada sekolah lamanya.

Hari ini tibalah masa untuk Syakila ke sekolah barunya. Syakila sangat gementar. Tetapi dia menganggap itu semua perkara biasa. Setelah bersiap-siap, ibunya Puan Syahira menghantar Syakila ke sekolah baharu.

*****

Semasa di sekolah baru,Syakila mula merasakan bahawa sekolah ini tidak sesuai untuknya. Dia merasakan bahawa dia memerlukan sekolah yang lebih baik daripada sekolah ini. Tapi apa pun, dia harus juga ke sekolah tersebut.

Syakira terus ke bilik darjahnya. Semasa di bilik darjahnya, dia berasa sangat tidak selesa dengan sekolah baru ini. Dia tidak menghiraukan rakan-rakannya barunya.

Rakan-rakan barunya selalu menyapa Syakila. Tetapi Syakila langsung tidak mahu bercakap dengan mereka. 

*****

Tibalah satu hari, semua pelajar perempuan di kelasnya datang kepadanya. Mereka ingin berbual-bual dengannya.

“Maafkan saya. Saya tidak mahu berbual dengan kamu semua kerana kamu semua tidak sama seperti saya. Kamu semya tidak kaya seperti saya,” kata Syakila kepada rakan-rakannya itu dengan nada yang riak.

Kata-katanya itu telah mengguris hati rakan-rakannya. Sejak hari itu, mereka tidak mahu berkawan dengan Syakila lagi.

Syakila berasa sangat menyesal kerana berkata perkara yang tidak sepatutnya dia katakan kepada rakannya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: