Certot

Fashion, Please!

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoFiksyen 72

  Aku Sarah. Terlalu ramai mengkritikku. Aku tidak peduli. Mereka hanya cemburu dengan aku yang pandai bergaya. Sahabat? Aku tidak mempunyai sahabat. Aku langsung tidak kisah akan sahabat dan keputusan peperiksaanku.  Di sekolah aku hanya membaca majalah fesyen yang dibawa ke sekolah. 

  *****

  “Apa punya majalah fesyen itu?”

  Antara kata-kata yang selalu mengkritik. Buat apa aku mahu peduli? Membazir masaku sahaja. Lebih baik aku membaca majalah fesyenku sahaja. Ikut trend dan popular! Ya, itu impianku! Cita-citaku juga ingin menjadi pereka fesyen.

  *****

  Pada suatu hari,  pengumuman tentang pertandingan fesyen heboh diperkatakan di seluruh sekolah. Aku hanya tersenyum apabila mendengar berita itu. Oh , please ! I am the best in fashion! Always! Aku hanya tersenyum kegembiraan. 

  *****

  Tibalah hari untuk pertandingan fesyen berlangsung! Ketika sesi pemilihan finalis, aku hanya tersenyum-senyum sendirian sahaja. Namaku dipanggil akhirnya! Oh, sudah tentu akulah pemenang pertandingan fesyen ini. Tidak syak lagi! 

*****

  Kini, nama pemenang akan diumumkan. Aku hanya tersenyum kegembiraan. 

“Baiklah, pemenang petandingan fesyen Islam ialah….” Kata pengacara tergantung seketika. Sengaja mahu membuat saspens. Apa? Fesyen Islam? Habislah, aku pasti bukan pemenang! Aku langsung tidak mengikuti fesyen islam!

“Pemenang adalah… adik Sharifah Hazirah! Tahniah!” ujar pengacara itu. Aku pula hanya tersenyum pahit.

  Sekarang aku sudah sedar. Hidupku perlulah berlandaskan Islam dan menjadi muslimah terbaik. Matlamat hidupku pula hanyalah ingin memasuki syurga! Ya Allah ! Kini barulah aku sedar akan kenyataan itu. 

*****

Aku telah mempunyai ramai teman di sekolah dan kami sering membuat aktiviti bersama.  Kami saling merapatkan silaturrahim sesama umat Islam. Ya Allah! Terima kasih pada-Mu! Kini aku perlu menjadi muslimah yang berfesyen mengikut syariat. Ya, itu matalamatku. Berfesyen dan diredai Allah, lebih nikmat! Insya Allah!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: