Certot

Fantasi Ukhwah

Hasil nukilan Abir Hanan 2 years agoFantasi 153

“Ayu! Oh, Ayu!” jerit satu suara.

Jangan kacau, aku nak tidur.” balas Ayu dengan selamba. 

Lalu suara itu berbunyi lagi. “Kau tahu tak kau kat mana”? soal suara itu. 

Tiba-tiba Ayu terjaga daripada mimpinya, tetapi itu tidak bermakna dia bangun daripada tidurnya. Dia di suatu tempat yang penuh dengan manusia kerdil yang bersahabat. Ayu cuba menampar pipinya beberapa kali. Sehinggakan pipinya yang putih gebu itu kemerahan. 

Di mana aku ya?” soal Ayu. 

“Kau di Fantasi Ukhwah!” balas suara itu. 

“Siapa kau yang bercakap?” soal Ayu ketakutan, tetapi  cuba memberanikan dirinya. 

Tiba-tiba suara itu berkata, “Aku Erina, pari-pari persahabatan.” 

“Tetapi apa tujuan kau menjemput aku ke sini?” soal Ayu. 

“Wahai Ayu Imani! Kau telah membuatkan sahabat-sahabat kau di alam realiti terseksa!” kata Erina. 

“Maksud kau?” Ayu masih tidak faham dengan kata-kata Erina. 

“Ayu, cuba kau lihat paparan video ini!” jawab Erina dan menyambung, “Mungkin kau akan ingat apa yang kau buat!” 

Video yang berdurasi selama sepuluh minit itu membuatkan Ayu insaf. Lalu dia pergi kepada Erina dan berkata, “Maafkan aku!” 

“Ayu, kau tak perlu mintak maaf pada aku. Kau kena bertaubat dan minta ampun pada kawan kau yang kau aniaya, buka aibnya, yang kau buat kuli dan budak despatch.” 

“Baiklah. Terima kasih, Pari-pari Erina.” 

Erina menjawab, “Sama-sama!”

Ayu terus terjaga daripada tidurnya dan bersiap untuk membersihkan diri. Selepas bersiap, Ayu menunaikan solat Subuh kemudian membaca Al-Fatihah, ayat Kursi ,doa penerang hati, doa untuk ibu bapa, dan doa buat sahabat handainya. Dia memohon ampun kerana banyak melakukan dosa kepada sahabatnya iaitu Noni, Nani, Nina, dan Nia. Dia berasa sangat bersalah.

Di Sekolah….

“Noni, Nani, Nina, dan Nia, aku nak minta ampun kat korang kalau ada buat salah. Maafkan aku ya,” kata Ayu. 

“Ayu, kami maafkan!” Mereka menjawab. 

Lalu, Nia mencelah, “Kitakan friends till jannah atau uhkhuwah fillah!” 

Mereka semua mengetawakan Nia yang bersifat periang itu. Akhirnya, mereka kembali menjadi geng yang baik.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: