Certot

Fantasi si Aliman

Hasil nukilan Ft. nur aina about 3 years agoFantasi 21

Pada zaman 1980 an, tinggallah seorang budak yang bernama Aliman. Dia tinggal di Kampung Fantasi Arsiati. Budak itu dikenali sebagai budak yang baik, peramah, dan tidak suka berbohong. Penduduk kampung amat suka berkawan dengan Aliman. 

Aliman selalu bermain di tepi Parit Dunia Sebenar. Parit ini diberi nama begitu kerana jika seseorang mandi di parit itu, dia akan pergi ke dunia sebenar. Tetapi, Aliman tidak percaya kisah itu. Dia tetap mahu bermain di situ. 

Pada suatu hari, Aliman memberitahu ibunya untuk mandi di situ. Dia tidak pernah berpeluang untuk mandi di Parit Dunia Sebenar. Ibunya menghalangnya mandi di situ. Aliman berasa marah kerana ibunya mempercayai cerita tahyul yang diceritakan oleh penduduk kampung. Aliman terus meninggalkan ibunya di rumah. 

“Aku tetap mahu mandi di situ.” Aliman sudah nekad. Dia mahu mandi di Parit Dunia Sebenar. 

Setelah menanggalkan baju, dia terus terjun ke dalam parit itu. Airnya yang sejuk itu mendamaikan hati Aliman. Tiba-tiba, ada ‘sesuatu’ yang menarik kaki Aliman. Aliman menjerit- jerit meminta tolong. Tetapi malang, tiada seorang pun yang mendengar jeritan Aliman. 

“Nak, nak… bangun! Aliman! Bangun nak…,” Ibu Aliman mengejutkannya. 

“Ibu, Aliman janji tidak mandi di Parit Dunia Sebenar itu ibu. Aliman janji tidak mahu bermain di situ lagi….” Aliman memeluk ibunya. 

“Hah, itulah! Tidur lagi waktu senja. Sudah! Pergi mandi!” Ibunya mengarahkan Aliman. Aliman segera bangun. Nasib baiklah mimpi! Dia tidak mahu tinggalkan Kampung Fantasi Arsiati!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: