Certot

Fantasi di Dunia Ajaib

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFantasi 28

“Eh, di mana aku?” soalku sendirian.

Aku melihat tempat ini lain daripada yang lain. Tempat ini amat indah sekali. Seingat aku, tadi aku baru dimarahi ibu tiriku yang kejam, Puan Fisya. Aku berjalan-jalan di sekitar tempat itu. Tempat itu amat sunyi sekali. Tiba-tiba aku terjumpa seutas rantai yang amat cantik sekali. Aku memakai rantai itu di leherku. Sewaktu aku sedang leka melihat rantai itu, aku terdengar satu suara.

“Tolong! Tolong!” jerit satu suara.

Dari jauh, aku dapat melihat seorang gadis berlari-lari ke arahku.

“Kakak, tolong saya!” kata gadis itu kepadaku.

Tiba-tiba seorang wanita yang menakutkan datang ke arah kami.

“Mana kau nak lari?” soal wanita itu.

Wanita itu mengeluarkan kuasa daripada tongkatnya ke arah aku dan gadis itu. Aku menjerit ketakutan. Tiba-tiba rantai yang aku pakai bercahaya. Wanita itu terpelanting dengan jauh sekali.

“Kakak, teruskan lawan dia,” kata gadis itu kepadaku.

“Siapa wanita tu?” soalku kepada gadis itu.

“Dia jahat. Dia bekas permaisuri negara ni. Dia datang untuk merampas takhta. Nama dia Suraiya Qaisara. Kakak kena lawan dia dengan menggunakan kuasa dekat rantai itu. Nasib penduduk negara ni terletak dekat tangan kakak sekarang,” terang gadis itu.

Aku mula berasa resah. Mampukah aku melawan wanita itu? Namun aku percaya kepada diriku. Aku terus melawan wanita itu dengan kuasa rantai ini. Akhirnya aku berjaya menewaskn wanita itu.

“Terima kasih sebab menyelamatkan negara kami,” kata Raja Fariz dan Permaisuri Lya.

Aku berasa amat gembira kerana berjaya menjadi hero. Tiba-tiba, aku terasa bahuku digoyangkan.

“Arina, bangun nak,” kata Puan Elina.

“Ibu!” jeritku lalu aku memeluk ibu kandungku itu.

Sudah berbelas tahun aku tidak berjumpa dengan ibu kandungku itu.

“Mulai hari ini, Arina tinggal dengan ibu ya,” kata Puan Elina.

Aku mengangguk dengan perasaan yang gembira. Aku juga gembira kerana dapat mengembara di dunia ajaib itu.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: