Certot

Fantasi atau Realiti?

Hasil nukilan Adam 3 years agoFantasi 25

“Berubah? Aku rasa tiada apa yang perlu diubah didunia ini. Semua sudah sempurna bagiku,” kata Adam sambil meneruskan tidurnya. Leka mindanya berkhayal mengenai kemewahan yang bakal diwarisinya seawal umur 15 tahun nanti. Kehidupan yang amat selesa bagi anak tan sri.

Ketika leka bermimpi, dia terdengar satu suara merintih kesakitan. Lantas, dia terus membuka matanya.

“Apa ini?” jerit Adam.

Saat matanya terbuka, dia terlihat planet Zuhal di hadapannya. Sinaran bintang menyakitkan matanya. Kepanasan mentari membasahkan tubuhnya. Tetapi, dia bingung dengan suara misteri itu.

“Manusia memang kejam. Pembalakan serta pencemaran memusnahkan aku sedikit demi sedikit. Apakah tidak terdetik kekesalan dalam diri mereka? Aku sakit! Peritnya hidupku! Ya… kini aku tunggu saat untuk mati saja,” rintih bumi.

Adam terkaku. Apakah bumi perlu menangis? Bukankah bangunan pencakar langit merupakan tanda kemegahan kita? Bukankah bumi masih selamat lagi?

Mungkin generasi masa depan tidak mengenali Harimau Malaya. Mungkin juga tidak mengenali gajah. “Argh! Manusia perlu berubah!” kata Adam.

Adam mengharapkan keajaiban yang mampu mengubah sifat manusia. Dia masih percaya… masih terdapat sinar di hati manusia.

Tiba-tiba kepulan asap menyelubungi Adam. Adam tiba d alam dimensi yang lain. Kini, dia di dalam bank yang dipenuhi wang.

“Aku kaya! Aku kaya! Semua ini aku punya!” jerit Adam. Dia sudah membayangkan yang dia bakal mempunyai banglo mewah, kereta ferra, dan semestinya kapal terbang persendirian. Angan-angan Adam mampu jadi nyata. Adam leka dan terus alpa dengan kekayaan itu.

“Manusia memang kejam. Mereja gunakan aku untuk kepentingan diri! Rasuah berlaku di sana sini. Mengapa? Adakah aku penyebabnya? Aku terseksa melayani sikap manusia! Kerana aku, mereka sanggup membunuh!” 

Adam terkaku sekali lagi. Adakah wang perlu menangis? Bukankah kekayaan adalah segala-galanya?

“Sikap tamak kerap menghantui manusia,” kata Adam. Mungkin akhlak manusia semakin runtuh dek kerana wang. Rasuah? Tetap berlaku walaupun pelbagai usaha dilakukan.

“Aku percaya manusia masih mampu berubah!” teriak Adam. Dia masih mengharapkan keajabain yang bakal mengubah segalanya.

Kepulan asap datang menyelubungi Adam lagi. Adam tidak sanggup menghadapi dosa yang dilakukan manusia. Amat sukar untuk Adam menghadapi semua ini. Kini, dia duduk disebelah orang tua. Mereka terdampar di sebuah pulau yang sunyi.

“Nama aku Amanah. Kau perlukan bantuan aku?” kata orang tua itu.

Pelbagai persoalan menghantui diri aku. Kalau dia memang amanah, maka aku percaya dia mampu menyelesaikan segalanya.

“Tok, bagaimana saya nak menyelesaikan semua ini?” kata Adam.

“Pastikan semua manusia mematuhi peraturan. Sang pencipta peraturan jangan menjadi sang pemusnah harapan. Jangan musnahkan peraturan yang telah dicipta sendiri. Ikutlah peraturan itu sepenuhnya,” jawab dia,

“Tapi, bagaimana?” tanya Adam lagi.

“Sentuh jiwa mereka. Baru mereka sedar pentingnya hidup mereka kelak,” kata Amanah.

Sebelum Adam sempat bertanyakan banyak soalan, orang tua itu terus menghilang. Mungkin masih terdapat sinar perubahan di dalam diri kita. Yang memusnahkan kita adalah ego untuk tidak berubah. Itulah manusia.

“Aku percaya… akulah yang akan mengubah mereka,” kata Adam.

Adam tersedar daripada mimpinya. Dia sedar, itu semua adalah realiti walaupun berada di alam fantasi. Mungkin manusia perlukan dialisis hati mereka agar ego mereka hilang.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: