Certot

Hantu Facebook!

Hasil nukilan Amelia 2 years agoFiksyen 19

Hai, kawan-kawan! Nama saya Nur Ameera binti Maniam. Saya berumur sepuluh tahun. Untuk pengetahuan semua, saya seorang kanak-kanak yang amat gemar bermain Facebook. Pulang sahaja dari sekolah, saya akan membuka akaun Facebook saya.

Saya langsung tiada masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana terlalu taksub bermain Facebook. Papa dan mama saya sering menasihati saya agar bijak menguruskan masa, tetapi saya langsung tidak mengendahkan nasihat mereka. Perbuatan saya itu ibarat mencurah air ke daun keladi.

Di sekolah, saya sering dimarahi oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Ramai pelajar yang mengejek saya, tetapi saya langsung tidak mahu ambil tahu. Setiap kali musim peperiksaan, saya sering mendapat markah dan nombor yang tercorot dalam kelas. Itu yang membuatkan saya menjadi kera sumbang. Tidak mempunyai ramai kawan.

Perangai saya ini terbawa-bawa sehingga ke tahun enam. Akibat selalu meluangkan masa dengan bermain Facebook, saya gagal dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Saya amat menyesal pada waktu itu. Tetapi, semuanya sudah terlambat. Saya berazam dalam hati akan sentiasa mengulang kaji pelajaran dan hanya bermain Facebook sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Itu azam saya!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: