Certot

Experience Of My Sport

Hasil nukilan Amirah Aizan 3 years agoSukan 34

Nama aku Nur Izzah Khairina binti Ahmad Zainal. Aku berumur 11 tahun. Aku seorang yang lemah sukan. Walaupun begitu, aku cemerlang semua mata pelajaran. Guru di sekolahku pernah memilih aku untuk pertandingan bola baling yang akan tiba. Tetapi, seperti biasa aku menolak.

Kerana bagiku bola baling sangat memenatkan dan menghitamkan kulitku.

Pada suatu hari, aku telah terpilih untuk sukan bola jaring. Kali ini, aku menerima pelawaan itu kerana aku terfikir apa salahnya kalau aku mencuba.

Jadi, aku pun terlibat dalam latihan bola jaring. Semakin lama, semakin dekat dengan hari pertandingan. Aku terus berasa takut.

*****

Pada hari pertandingan….

Aku berfikir kenapa aku perlu takut? Kerana aku berpasukan dan semua rakan-rakanku bersemangat. Aku juga perlu bersemangat. 

Pft!

Wisel berbunyi. Ini bermakna perlawanan sudah bermula. 

“Come on!” Penyokong pasukanku menjerit. Aku terus membaling bola pada rakan pasukanku. Kemudian, dia membaling pada jaring dan… skor!

Pasukanku telah memenangi perlawanan pada hari itu. Kami mendapat tempat pertama. Dengan bangganya, kami naik ke atas pentas dan mengambil piala dan sijil pemenang.

Aku gembira kerana selama ini aku menganggap sukan itu memenatkan, tetapi kini tidak lagi kerana sukan itu menyeronokkan!


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: