Certot

Enemy Change to Friend

Hasil nukilan Dafishaz 3 years agoSukan 67

Tengku Zaara Amira. Sebaris nama yang cukup sempurna. Namun jangan disangka gadis harapan sekolah ini tiada musuh. Tengku Auzaie Ryan ialah orangnya. Mendengar namanya sahaja, sudah cukup untuk memanaskan telinga si Amira, apatah lagi mendengar khabar beritanya. Ryan, si jejaka idaman gadis di sekolah. Masa terluang dihabiskan untuk mencari fasal dengan si gadis.

*****

Pada hari minggu itu, taman merupakan tempat Amira berlatih badminton. Sedang dia leka berlatih, dia tersentak taktala suara dehaman seseorang secara tiba-tiba. Amira terus mencebikkan mulutnya sambil membuat reaksi menyampah apabila dia mengetahui siapakah gerangannya.

Ryan tersenyum sinis. Rupanya kakinya tidak salah melangkah. Buktinya dia terjumpa ‘musuh kegemaran’nya di taman itu. 

“Kau nak apa hah? Orang datang sini, dia pun nak datang juga,” kasar Amira berkata.

Ryan masih dengan senyuman sinisnya, “Apahal? Taman ni bukan hak kau seorang kan?” soal Ryan. Sinis haruslah dibalas sinis, bukan? 

“Eh aku tak kata. Paparazi mana yang hebahkan cerita palsu lagikan menipu nih? Huh, rasa lawak pun ada cuma aku tak rasa nak gelak,” balas Amira tidak mahu kalah. ‘Baik aku balik dulu. Huh, menyusahkan aku betul la. Nak berlatih pun tak senang,’ rungut Amira dalam hati sebelum berura-ura untuk pergi. 

Ryan hanya menghantar Amira yang pergi tanpa pamitan itu dengan senyuman yang penuh dengan 1001 helah.

*****

Hari ini Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Impian digemparkan dengan Pertandingan Badminton Beregu yang dianjurkan. Berita itu sampai ke telinga Amira. Dia tekad, dia harus terpilih! 

Petang itu, sesi latihan diadakan dalam kalangan pelajar. Amira dan Ryan juga tidak ketinggalan. Sesi latihan dilakukan selama 2 jam 30 minit berikutan ramai pelajar yang mendaftar. Namun itu tidak sesekali mematahkan semangat Amira untuk turut serta. Dan siapa sangka Amira dan Ryan terpilih. 

Pada mulanya, masing-masing tidak bersetuju. Namun atas desakan para guru, mereka akur. Sepanjang tempoh latihan, hubungan mereka bertambah akrab. Setelah sebulan berlatih, hari perlawanan kunjung tiba. Mereka bermain dengan bersungguh-sungguh. 

*****

Kini tibalah masa keputusan diumumkan. Dup dap dup dap. Itulah irama jantung Amira dan Ryan. Namun gementar yang bertandang diganti dengan rasa gembira tidak terkira apabila mereka dinobatkan sebagai juara. Kisah persahabatan Tengku Zaara Amira dan Tengku Auzaie Ryan boleh diibaratkan seperti ‘enemy changes to friend’.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: