Certot

Edika dan Farhan adalah Superhero

Hasil nukilan Aliff Iman 1 year agoSuperhero

“Edika, marilah kita pergi bermain bola sepak dengan kawan-kawan di padang,” ajak Farhan. 

“Okey, let’s go,” balas Edika bersemangat. 

Selesai bermain bola sepak di padang, mereka pulang ke rumah bersama-sama. Edika dan Farhan ialah kawan baik. Mereka belajar di Sekolah Kebangsaan Penggu dalam Tahun 5 Bijak. Tambahan pula, mereka tinggal berjiran. Akhirnya,mereka tiba di rumah bersama-sama. 

“Okey, kita jumpa esok, ya,” ujar Farhan. 

“Okay, no problem,” jawab Edika tenang. 

Beberapa jam kemudian, malam pun menjelma. Edika dan Farhan sangat rapat. Mereka selalu pergi ke sekolah bersama-sama. 

*****

Pada pagi keesokkan harinya, Edika pergi ke rumah Farhan untuk mengajak dia pergi ke sekolah bersama-sama. 

“Assalamualaikum, Farhan, mari pergi ke sekolah bersama-sama,” ajak Edika. 

Farhan pun keluar dari rumahnya dan membalas pelawaan Edika dengan ringkas, “Mari!”

Mereka pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Setelah tiba di sekolah, mereka masuk ke dalam bilik darjah. Pada pukul 7.45 pagi,  pembelajaran pun bermula. Semasa murid-murid sedang diajar oleh Cikgu Nabil, tiba-tiba Cikgu Aaron Aziz, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, masuk ke dalam kelas 5 Bijak bersama seorang budak lelaki yang tidak dikenali. 

“Sila kenalkan diri di hadapan kelas,” ujar Cikgu Aaron Aziz. 

“Nama saya ialah Airil Bin Rosyam Nor. Saya berasal dari Sekolah Kebangsaan Tanjong. Sila beri tunjuk ajar,” kata murid baru itu. 

Tanpa berlengah lagi, semua murid pergi ke hadapan kelas dan berkenalan dengan Airil. Cikgu Aaron Aziz pun beredar. Murid-murid belajar sehingga sesi pembelajaran tamat. 

“Farhan, mari pulang ke rumah bersama-sama,” pelawa Edika riang kepada Farhan. 

Mereka pulang ke rumah secara berjalan kaki sambil berbual-bual. 

“Saya berpendapat bahawa Airil sangat kacak, bagaimana pula dengan awak?” soal Farhan kepada Edika. 

“Ya, saya pun berpendapat begitu,” balas Edika. “Dia juga sangat pandai. Dia menerangkan tip-tip untuk menjadi murid yang cemerlang kepada saya,” ujar Edika kepada Farhan. 

Akhirnya, mereka tiba di rumah. 

“Good bye. See you tomorrow,” ucap Farhan kepada Edika. 

“Bye,” balas Edika. 

Beberapa jam kemudian, malam pun bertamu. 

*****

Pada pagi keesokkan harinya, mereka pergi ke sekolah bersama-sama lagi. Sebaik sahaja tiba di sekolah, mereka masuk ke dalam bilik darjah lalu mereka ternampak dua orang murid sedang membuli Airil. 

“Hei, jangan buli dia!” jerit Edika dan Farhan. 

Edika berlari keluar dari kelas untuk memanggil Cikgu Daniel, seorang cikgu disiplin. Cikgu Daniel pun masuk ke dalam kelas 5 Bijak lalu memanggil dua orang murid yang membuli Airil. 

“Kamu  berdua akan didenda! Cepat, ikut saya!” marah Cikgu Daniel. 

Farhan dan Daniel mendekati Airil. 

“Kamu tidak apa-apa?” soal Edika dan Farhan. 

“Saya tidak apa-apa. Terima kasih kerana menyelamatkan saya. Kamu berdua ialah hero saya. Boleh saya berkawan dengan kamu berdua?” soal Airil. 

“Sudah tentu boleh.” Semenjak hari itu semua murid dalam kelas 5 Bijak memanggil Edika dan Farhan sebagai superhero.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: