Certot

Dusun Datuk

Hasil nukilan Nur Hidayah 3 years agoFiksyen 13

   Muiz berasa sangat teruja. Hari ini,dia dan keluarganya akan pulang ke kampung sebelah bapanya. Perjalanan dari KL ke kampung datuknya yang terletak di Terengganu mengambil masa selama empat jam. Sebaik tiba di kampung, Muiz segera turun dari keretanya dan bersalaman dengan atuk dan neneknya.

“Assalamualaikum atuk. Atuk sihat?” soal Muiz sambil bersalaman dengan atuknya.

“Waalaikumussalam. Sihat alhamdullilah,” jawab Pak Hasan.

“Apa khabar ayah?” tanya Encik Yusof.

“Sihat. Aik,dah lama tak balik. Baru sekarang nak balik,” perli Pak Hasan.

Encik Yusof sekadar tersengih mendegar kata-kata ayahnya itu.

“Muiz, tolong ibu angkat beg ni,” arah Puan Ain.

“Baik ibu,” jawab Muiz.

Setelah Muiz selesai mengangkat beg, dia pun berborak dengan atuk dan ayahnya sementara ibu dan neneknya menyediakan minum petang.

“Muiz, ayah nak mandi dulu ya,” kata Encik Yusof.

Muiz mengangguk. Encik Yusof pun mengatur langkah ke bilik air.

“Atuk petang ni, atuk ada aktiviti tak?” soal Muiz.

“Eh, mestilah ada. Nak tau apa dia?”

“Nak!”

“Ermm… kita boleh keliling satu kampung, memancing, mandi sungai, ataupun kita pergi dusun atuk. Nak tak?” ajak Pak Hasan.

“Boleh,” kata Muiz.

*****

Akhirnya petang itu mereka pun pergi ke tempat-tempat tersebut. Tempat terakhir mereka pergi ialah ke dusun buah-buahan Pak Hasan.

“Wah ,banyaknya buah!” kata Muiz.

“Nah, cuba Muiz rasa buah rambutan ni,” kata Pak Hasan sambil memberikan Muiz sebiji rambutan.

“Emm… sedapnya. Kalau macam ni, tiap-tiap minggu Muiz nak balik kampung atuklah. Boleh makan buah banyak-banyak,” kata Muiz.

Muiz dan atuknya pun ketawa bersama-sama mendengar kata-katanya itu.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: