Certot

Dunia Fantasi Hakimi

Hasil nukilan Haiqal Zulkarnain about 3 years agoFantasi 25

Satu hari, Hakimi pergi ke belakang sekolahnya kerana tandas di blok lain rosak. Selepas pergi ke tandas, Hakimi jatuh di suatu lubang yang agak dalam.

Hakimi berteriak sambil meminta pertolongam supaya dapat keluar dari lubang tersebut. Hakimi menyedari bahawa ada sebuah pintu rahsia lalu membukanya.Hakimi pelik mengapa ada dunia sebegini di bawah tanah. 

Hakimi pergi ke dunia tersebut. Papan tanda menunjukkan bahawa dunia tersebut dipanggil Dunia Ring-Ring. 

Hakimi berkawan dengan seorang makhluk fantasi yang bernama Toka. Toka mengatakan bahawa dunia ini tertanam sejak berabad-abad lamanya.

Mereka terdengar bunyi bising dari atas. Rupa-rupanya lubang itu telah tertimbus oleh tanah .

Hakimi sedih kerana tidak dapat keluar dari Dunia Ring-Ring. 

Toka menghadiahkan sebuah jam yang membolehkan Hakimi bercakap melalui jam tersebut dengan Toka.

Toka menghantar Hakimi melalui teleport miliknya.

Sejak kejadian itu, persahabatan Hakimi semakin akrab dengan Toka.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: