Certot

Duit Bukan Segalanya

Hasil nukilan UMMZAN KRYSTAL 2 years agoFiksyen 13

Di sebuah bandar yang megah, terdapat ramai orang bangsawan yang kaya-raya. Tinggal satu keluarga bangsawan, iaitu Tuan Zafar dan Puan Farah. Mereka mempunyai dua cahaya mata, iaitu Putera Syahmi dan Puteri Erissa.

Bagi mereka duit adalah segalanya kerana mereka boleh membeli apa-apa sahaja dengan menggunakan duit. Mereka sering dimarahi oleh ibu bapa mereka kerana sering bergaduh minta macam-macam benda walaupun mereka sudah memilikinya. Mereka sering berlagak dan sombong kerana pangkat ibu bapa mereka di tempat kerja. Gaji ibu bapa mereka sangatlah lumayan.

Sedang mereka bermain basikal di luar rumah, sebuah kereta yang sedang meluncur dengan lajunya. Mereka tidak perasan akan ketibaan kereta itu. Malang tidak berbau, mereka dilanggar oleh kereta tersebut. Pemandu tersebut dengan segera menelefon ambulans.

Sebulan telah pun berlalu. Keadaan Putera Syahmi dan Puteri Erissa sudah semakin pulih. Mereka dibenarkan pulang ke rumah. Sekarang mereka sedar duit bukan segalanya, tetapi    kasih sayang dan hormat-menghormati adalah segala-galanya antara keluarga.

Kini mereka disayangi oleh ibu bapa mereka. Rakan-rakan mereka juga suka akan perangai Putera Syahmi dan Puteri Erissa yang sekarang. Kini mereka peramah dan rendah diri.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: