Certot

DRAMA PRINCESS

Hasil nukilan Syahkitty 2 years agoFiksyen 16

“Okey, baiklah Hana. Kamu sudah boleh pulang sekarang,” kata guruku.

“Baik, cikgu.” 

Sekarang ini kelab teater dan drama sedang berlatih kerana kelab ini akan menyertai pertandingan drama remaja. Mengisahkan kehidupan remaja yang penuh dengan tekanan dan onak duri.

  *****

“Hana, macam mana dengan latihan teater atau drama kau?” tanya sahabatku, Maizury.

“Macam biasa. Okey,” balasku ringkas kerana aku terlalu sibuk untuk membalas. Mulutku perlu menjalankan operasi menikmati makanan pada waktu rehat. “Yalah, Zury.Aku tahu kau ada pangkat dalam kelab kita itu. Tapi kau ini terlalu prihatin tentang kelab itu,” kataku kepada temanku itu.

“Okey,” balas Maizury sambil bibirnya muncung ke hadapan.

  *****

“Baiklah, kami akan mengumumkan nama kumpulan drama yang menang. Dengan ini, kami dengan sukacita memberitahu namanya… FLUTTER DRAMA!” 

Pengumuman itu membuatkan kami agak murung. Segera kami mendengar nama untuk pemenang tempat kedua dan ketiga. Oh, nama kumpulan kami langsung tidak disebut.

“Baiklah kumpulan yang memenangi hadiah King of Drama… adalah… STAR SHINES DRAMA!” 

Kenyataan itu langsung membuat aku terkejut. Hai, nasiblah aku telah disolek manis. Kalau tidak, pasti aku digelar beruk sesat. Kami pulang ke sekolah dengan tangan penuh dan bukan tangan kosong.

  *****

“Eh, Drama Princess!” Aku diusik oleh teman sekelasku. Aku kini boleh dikatakan setaraf selebriti di sekolah. Satu lagi berita tergempar lagi gempar, sekolah kami akan menyertai pertandingan drama peringkat antarabangsa di Rusia. Hebat, bukan? 

Aku digelar Drama Princess sekarang. Aku sudah teramat bersyukur kerana dapat menyertai peringkat kebangsaan. Kini, antarabangsa pula. Dapatlah aku bercuti nanti di Rusia kerana kami akan berada di sana agak lama. Sungguh aku tidak sabar!

  

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: