Certot

Keputusan

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 34

Aliyah adalah budak pandai, tetapi sombong dan angkuh. Dia sering bersifat kurang ajar dan memilih kawan. Sekiranya budak-budak yang low class, jangan haraplah mahu dijadikan kawan!

“Aliyah, soalan ini bagaimana?” tanya Shila yang merupakan budak kurang bijak di dalam kelas itu.

“Pergi tanya orang lainlah. Aku tak ajar budak low class macam kau. Pleaselah,” kata Aliyah serta menunjukkan gaya gedik.

“Aku pun tidak ingin belajar dengan budak terlebih dos seperti kau,” kata Shila sambil menjelirkan lidah ke arah Aliyah.

“Aku lempang nanti, tidak dapat apa-apa,“k ata Aliyah sambil menunjukkan penampar ke arah Shila. 

Shila pun ke meja kawan baiknya, Yuna. “Una, bagaimana mahu jawab soalan ini?”

“Oh ini kena tolak dengan 3.754 KM. Kemudian darab dengan 17. Faham tidak?” jelas Yuna. 

“Faham sangat-sangat,” kata Shila lalu mereka ketawa bersama-sama.

Aliyah jenis yang sidak suka menolong orang dan seorang yang ego. Dia juga suka mengejek dan membuli budak yang tidak setaraf dengannya.

******

Pada hari UPSR, Aliyah menjawab sambil lewa manakala yang lain sehingga berpeluh-peluh menjawabnya.

“Aliyah, semak kertas peperiksaan awak,” kata Cikgu Huda.

“Tidak mungkin saya gagal. Saya budak paling bijak disekolah ni,” kata Aliyah sambil dengan bongkaknya. Cikgu Huda hanya mengeleng.

*****

Ketika balik dari sekolah, Aliyah mehampiri budak-budak yang digelar Geng Tak Cerdik di perhentian bas. 

“Nanti bila keputusan sudah keluar, mesti nama aku dipanggil mula-mula sekali. Aliyah binti Rahman, 5A! Kamu semua ini jangan berangan nama kamu di panggil dekat atas pentas nanti, okey?” kata Aliyah sambil melambai tangan.

“Mengapa dengan dia? Tiba-tiba sahaja,” tanya Shila.

“Dia salah cari group dia agaknya,” kata Farah pula dan mereka pun bersembang balik.

*****

Hari Pengumuman.

Aliyah dalam keadaan tergedik-gedik melangkah masuk ke dewan sambil memegang handphone Iphone 6 Plus. Diiringi dua orang tuanya iaitu Dato Rahman dan Datin Insyira. Aliyah yang leka bermain handphonenya tidak langsung memberi tumpuan pada ucapan guru besar.

“Alina Mafisya binti Rosli dari kelas 6 Arif, 5A….”

Aliyah berasa marah kerana semua ahli Geng Tak Cerdik dapat keputusan yang amat memuaskan, manakala dia seperti tungguk duduk di situ, tetapi namanya belum disebut.

“Dan itulah yang terakhir mendapat 3A ke atas. Sekarang yang pengumuman nama yang tercorot. Aliyah binti Rahman 2B 1E 1D dan 1C!”

“Apa? Aku mimpikah? Mustahil! Aduh!” kata Aliyah seakan tidak percaya. 

Datin Insyira merampas telefon Aliyah dan mencabut SIM kad sebelum menyerahkan kepada Datuk Rahman. Datuk Rahman pula menyimpan SIM kad itu ke dalam dompetnya.

Sejak peristiwa itu, Aliyah dihantar ke kelas tuisyen sehingga mendapat keputusan yang baik.



Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: