Certot

Dimonis

Hasil nukilan M.S. Jieya 3 years agoKembara 36

Pada zaman dahulu, di lautan kabus, tinggal seekor raksasa laut yang cukup indah dan bermisteri di kawasan yang paling dalam. Selepas kejadian kapal karam Titanic, seutas kalung dibuang untuk menghentikan pergaduhan dunia. 

Tiba-tiba, langit menjadi hitam dan cahaya yang terang terjatuh dengan terang dan mendarat dengan dentuman yang kuat di dalam lautan dalam itu. Ia sebuah tenaga cahaya daripada angkasa lepas yang jatuh ke bumi sebagai meteor. Tenaga itu masuk ke dalam kalung Titanic dan permatanya yang biru itu bertukar menjadi ungu dan dinamakan Kalung Permata Ungu. 

Kalung itu memerlukan seorang pemilik yang akan emakainya untuk mencantumkan tenaganya dengan tenaga manusia. Tetapi kalung itu berada di dasar lautan. Jadi, dengan itu, Kalung Permata Ungu memanggil seekor raksasa laut bernama Dimonis, raksasa laut bermata permata. 

Dimonis mencantumkan kalung itu pada permata di dahinya itu, iaitu cahaya bagi dirinya. Dimonis membawa kalung itu ke tepi pantai pada waktu malam semasa semua orang sedang tidur. Tetapi, tanpa disedarinya, seorang budak perempuan ternampak segalanya.

Budak itu mendekati Kalung itu. Kemudian, budak perempuan itu mengutipnya lalu melihat kalung yang bersinar itu. Sebenarnya ibunya baru sahaja meninggal kerana terjatuh dari tingkat tiga malam kelmarin dan ditinggalkan oleh ayahnya. Jadi, kalung itu memilihnya untuk menjadi pelindung dan pemiliknya dan memberikan dia kuasa untuk membentuk dan manipulasikan cahaya dan membolehkan dia untuk bernafas di dalam angkasa supaya dia boleh menerokai dan melindungi angkasa lepas dan dimensi-dimensi di luar galaksi ini. Jadi, sejak itu, dia menjadi seorang pahlawan yang digelar Pahlawan Permata Ungu.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: