Certot

Diari Zimie

Hasil nukilan Damia 2 years agoSuperhero 35

Assalamualaikum diariku Zimie! Sebelum menceritakan tentang keluarga atau rakan baik saya, baik saya menulis biodata saya dahulu.

Nama: Zulhafif Hazimie Bin Mohd Zulkefli.

Umur: 12 tahun

Sekolah: Sekolah Kebangsaan  Villa Isabella

Alamat rumah: No. 27 Jalan Villa Isabella 7, Taman Villa Isabella,  47000 Gombak ,Selangor.

No. Tel: 014-762 5456.

Sudah selesai juga menulis biodata ini. Sekarang mula tentang sahabat sejatiku.


Semasa kami sekeluarga membuat ibadah haji di Mekah, saya dan abang saya banyak membeli barang-barang yang murah di sana untuk diberi kepada rakan di sekolah. Ayah kamilah satu-satunya penyelamat kami kerana dia yang membelanjakan kami sekeluarga. 

Bukan sahaja saya dan abang saya yang membeli barang, malah satu keluarga membeli buah tangan untuk sahabat atau rakan. Kami juga membeli peralatan rumah yang kami mahu kerana harga murah. Keychain selalunya dalam dua ringgit, tetapi disana hanya 80 sen satu. 

Selepas balik ke rumah kami di Villa Isabella, kami terus solat zuhur dan mengambil semua barang masing-masing untuk dibawa ke sekolah dan ke tempat kerja masing-masing.

6.00 pagi

“Zimie, bangun! Matahari sudah tinggi!” teriak Puan Zira dari bawah.

Zimie yang masih berselubung selimut terus terjaga kerana terkejut mendengar jeritan ibunya. Zimie yang tadi lena dibuai mimpi terjatuh katil akibat bingkas bangun. Jatuhnya bagaikan nangka busuk.

Semua jangan ceritakan kepada kawan kamu, ya. Ini satu rahsia yang saya beri kepada kamu.

“Baik, ibu. Zimie bangun ni,” kata Zimie sambil mengambil tuala mandinya dan terus masuk ke dalam bilik air. 

BAM!

Zimie terus menutup pintu dan terus turun ke bawah untuk bersarapan bersama ahli keluarganya. 

“Zimie, baik kamu cepat habiskan nasi goreng kegemaran kamu itu. Kalau tidak, biar ayah sahaja yang habiskan. Jangan menyesal pulak nanti,” kata Encik Zulkefli. 

“Tidak boleh! Ayahkan dah lewat, mana boleh habiskan nasi goreng saya dengan masa hanya tujuh minit,” kata Zimie dengan bersahaja.

“Terima kasih Zimie sebab beritahu,” kata Encik Zulkefli sambil mengambil beg kerjanya dan terus ke keretanya.

“Ibu, Zimie pun dah habis makan. Zimie nak pergi sekolah,” ucap Zimie sambil senyum manis kepada ibunya. Kemudian dia berlari menuju ke sekolahnya. Sekolah Zimie berdekatan sahaja dengan rumahnya.

*****

Setibanya di sekolah.

“Assalamualaikum, Mia. Awak mahu hadiah dari saya?” tanya Zimie sambil senyum manis. 

“Waalaikumussalam. Boleh juga. Terima kasih, Zimie,” ucap Mia sambil membalas senyum Zimie sebentar tadi. 

Zimie dan Mia hanya duduk bersebelahan. 

“Apa khabar Zimie dan Mia? Saya juga mahu hadiah! Awak ada hadiah lagi untuk kami berdua?” tanya Yaya dan Zeti.

“Mestilah ada. Ini untuk awak.”

“Terima kasih,” kata Yaya dan Zeti sambil membuat memek muka gembira. 

*****

Sudah habis cerita tentang sahabat sejatiku. Sekarang mulalah tentang ayah superheroku.

“Mimie dan Zimie nak pergi mana cuti sekolah ni?” tanya Encik Zulkefli kepada anaknya itu. 

“Mimie nak pergi Paris!” kata Mimie dengan nada yang teruja. 

“Baiklah, minggu depan kita bergerak ke Paris,” kata Encik Zulkefli dengan gembira.

“Yeay!” jerit mereka sekeluarga keriangan.

*****

Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Mereka sekeluarga sudah bersiap untuk menaiki kapal terbang. Mereka sekeluarga setiap cuti panjang mesti pergi ke luar negara.

Setibanya di Paris. Mereka sekeluarga pun mencari hotel untuk berlindung.

Keesokan harinya.

“Mari kita sarapan bersama,” kata Puan Zira. 

Selepas itu, mereka pergi keluar dan berjalan-jalan di Paris. Mimie dan Zimie teruja dengan satu kedai dan pergi ke situ tanpa kebenaran ahli keluarganya. Selepas pasangan suami isteri itu berasa lapar, mereka pun bertanya kepada dua orang anaknya, namun tiada jawapan. Ketika itulah ayah dan ibu bapa mereka panik.

Gerai yang pasangan itu duduki, terdapat sebuah kolam ikan dan terdengar jeritan nama pasangan itu. Baru mereka perasan suara itu adalah suara anak mereka. Encik Zulkefli pun terus pergi menyelamatkan mereka berdua. Selepas berjaya menyelamatkan mereka berdua, kedua-dua pasangan itu mengucup mereka berdua.

“Terima kasih heroku,” kata mereka berdua dengan serentak.

Tamatlah kisah Diari Zimie.

 

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: