Certot

Diari Siapa?

Hasil nukilan ain nur najwa bt mohd rashdi 3 years agoFiksyen 42

“Yana, saya jumpa sesuatu. Ia sebuah buku… diari,” kata Ani.

“Siapa punya diarilah agaknya? Mesti orangnya sedang sedih kerana segala rahsia peribadi dalam tu,” kata Yana sambil membuat mimik muka sedih.

“Bolehkah kita membaca isi dalam diari ini?” tanya Ani.

“Mana boleh! Ini rahsia terbesarnya. Tak boleh baca. Bad person you know?” kata Yana dengan tegas.

“Bolehlah… bolehlah…,” rayu Ani berserta gongcangan hebat.

“Malangnya, buku ini berkunci!” perli Yana.

“Malangnya, orang itu tertinggal kunci mangga di atas kerusi kayu ini,” kata Ani dengan gaya The Wannababes.

“Hei, awak terjumpa buku diari  yang berwarna merah jambu dan pen biri-biri biru?” tanya seorang perempuan yang bernama Alifah.

Mereka berpandangan dan melihat diari yang ditemuinya tadi. Memang sama seperti apa yang dikatakan oleh Alifah.

“Oh, ini awak punya? Saya hampir membacanya tadi,” kata Ani lalu menggosok kepala Yana dengan kuat.

“Hei, sakitlah! Tidak ada kerja, ya?” marah Yana. Ani merenung Yana dan mereka bertiga pun ketawa terbahak-bahak.

“Hah, jangan baca ya! Banyak rahsia tu,” kata Alifah seolah-olah menyakat. Mereka pun tergelak lagi.

“Lain kali jangan cuai. Kalau orang lain yang jumpa, lesap teruslah alamatnya,” pesan Yana.

“Oklah, hari sudah pun malam. Mari kita pulang sama-sama,” kata Alifah. Mereka pun berpegang tangan dan berjalan menuju ke rumah masing-masing.

Di rumah Yana….

“Good night, ibu,“kata Yana sambil mengucup dahi ibunya. Dia segera ke meja belajar dan membuka buku diarinya.

‘Dear Cik Diarina,

Hari ni saya terjumpa satu buku rahsia macam cik diari. Rupanyalah itu diari Alifah. Cuai betul dia. Kalau orang lain yang jumpa, mesti segala rahsianya terbongkar. Diari dia comel juga, tetapi tak secomel Cik Diarina. Dia kata dia duduk kat situ dengan diari dia sebab dia stres sebab dia takut keputusan UPSR dia gagal. Nampaknya bukan Ani dan saya sahaja yang stres. Malahan orang yang sentiasa tenang pun stres. Bye, Cik Diarina. Dah pukul 12.00 tengah malam . Nanti momok datang.

P/S: Saya takut kalau Cik Diarina pun hilang. Tidur dengan saya, ya?

Sincerely,

Nuryana Aliah.

Selepas menulis luahan hatinya, dia terus melelapkan mata sambil memeluk Cik Diarina.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: