Certot

Diari Farhah Fabulous: Sempurnakah Aku?

Hasil nukilan Micheal Midian 2 years agoFiksyen

Farhah Farzana atau lebih dikenali sebagai Farhah Fabulous yang baik (konon-kononnya), cantik (mungkin) dan kelakar (sentiasa) tertanya-tanya. Dirinya itu cantik ataupun tidak? Dia baru berusia 12 tahun, namun tahu segala-galanya mengenai cita rasa fesyen dan cara pemakaian gaun yang elegan. Malah boleh menghafal nama-nama pereka fesyen tersohor di Malaysia. Namun begitu, kehidupan sekolahnya tidak seperti yang diharapkan.

Wahai diariku yang mengarut, 

Mengapakah alam semesta mengurniakan seorang lagi gadis sempurna di dunia ini? Tidak cukupkah aku yang jelita dan lebih pandai ini? Katrina Habibah, gadis menawan dan tampak elegan ketika berjalan di koridor sekolah sambil dipandang pelajar lelaki sehingga mulut mereka ternganga luas. Seorang gadis yang nampak naif di luaran, namun jahatnya tersembunyi dalam dirinya. Sudahlah kaya, apa yang diingininya pasti dapat.

Farhah Fabulous….

Farhah mempunyai dua orang kawan iaitu Syatilla Salamiah atau dipanggil Syatilla Stailista, gadis nerd yang pandai menipu serta seorang pengintip dan pemberi maklumat rahsia Farhah. Manakala Adilah Anita atau dikenali sebagai Adilah Anonymous, gadis yang taksub melayan media sosial serta penyimpan rahsia yang paling baik. 

Mereka bertiga dengan gaya seperti Charlie’s Angels, merancang untuk menyatukan pelajar yang kurang popular dan bergaya untuk menentang pelajar yang menganggap diri mereka sempurna. Namun, pengaruh Katrina lebih banyak berbanding Farhah. Apabila pengundian calon ketua murid dijalankan, undian yang diraih oleh Katrina lebih tinggi berbanding Farhah. Namun, pelajar taekwando bernama Hafiz telah memenangi undian tertinggi.

“Kita seri sahajalah, Farhah. Kita berdua sudah kalah,” ujar Katrina kepadaku.

“Baiklah, Katrina. Kali ini kita seri.” 

Katrina melemparkan senyuman terhadapku. Namun jauh di sudut hati, aku masih belum selesai dengannya. Persaingan antara kami masih tegang, namun hubungan kami makin utuh. Mungkin Katrina tidaklah sejahat seperti yang disangka. Akan tetapi,s iapa tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya?


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: