Certot

DIARI AKU ....

Hasil nukilan Arman Armanabout 3 years agoFiksyen 48

Akulah Farhah. Anak sulung dari tiga adik-beradik. Aku bukanlah seorang gadis yang dilayan baik seperti ibu bapa lain. Malah, aku sering dimarahi dan dipukul. Seperti ibuku, aku jarang mendapat ciuman di pipi atas alasan cuma di dunia ini apa yang terbaik cumalah adikku. Aku pun mahukan kasih sayang. 

Sesekali juga, aku pernah juga sanggup mengemas rumah sampai penat, kehausan, lapar. Apabila ibuku pulang, apa yang aku dapati cumalah sekadar pujian tidak ikhlas. Aku mahukan lebih dari itu seperti ciuman yang sering didapati oleh adikku. Namun, segalanya hancur! Aku benci hidup aku. 

Kadangkala juga, aku terfikir bahawa keputusan peperiksaan akan mengubah takdir aku juga. Aku pun mencuba. Pada tahun tiga, aku berjaya mendapatkan keputusan terbaik. Jadi ibu dan bapaku pun hadir ke sekolah. Namun, pada tahun empat dan lima, ibu bapaku hanya pergi sekejap sahaja kerana atas urusan keluarga. Aku kecewa. Terlampau kecewa. 

Pada petang keesokannya, aku sangkakan akan ada sambutan buatku. Namun, cumalah kesepian dan kesedihan yang dialami oleh aku sahaja. Namun aku tidak berputus asa. Aku terus ingin berjuang kerana aku mahukan perhatian lebih dari mereka. Aku berharap dengan keputusan UPSR yang cemerlang aku pada tahun ini akan memindahkan aku lebih jauh dari mereka. Biarlah aku tidak mendapat kasih sayang sampai bila-bila.

Dari farhah.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: