Certot

Dia Ibuku

Hasil nukilan Aqilin 6 years agoSuperhero

           

Seorang gadis sedang berdiri menghadap ke arah barat. Gadis itu baru berumur 19 tahun dan bernama Kalisya Humaira binti Faydzal Taheer. Terdengar suara ibunya memangil dari kejauhan.

Dia mengeluh kasar. “Sudah tiba masanya,” ucap kalisya dengan berat.

Kalisya melangkah berat menuju ke kereta vellfire milik ayahnya.

“Sayang, mengapa muram sahaja muka? Senyumlah sedikit. Buruklah Lisa buat muka begitu,” ujar ibunya dengan nada bersahaja.

Kalisya memaniskan roman wajah hanya untuk menyedapkan hati ibunya sahaja. Mereka akan berpindah ke Kuala Selangor mengikut ayahnya atas urusan kerja.

Sepanjang perjalanan ke sana, Kalisya ditemani dengan lagu-lagu dari aplikasi Joox dalam telefon pintar milik kalisya.

Sesampai mereka di sana, Kalisya dengan pantas meluru masuk ke dalam rumahnya. Kemudian keluar semula dengan muka yang merah.

“Mama! Mengapa panas sangat rumah ini? Tadi Lisa masuk dalam untuk melihat apa yang ada di dalam, tetapi yang lisa Nampak ada banyak serangga dan cicak mati keras sebab panas sangat!” ucap kalisya dengan nada seperti sukar dipercayai.

Ibu hanya senyum. Malam itu mereka dengan beberapa orang jiran yang baik hati mengemas rumah.

*****

Tiga hari selepas itu.

“Lisa, mana fail-fail yang mama suruh Lisa ambilkan?” tanya ibunya.

“Lisa letak di atas meja pejabat mamalah.” Kalisya kehairanan tidak mungkin hilang. Setahu dia, fail itu diletak elok-elok di dalam kotak kecuali satu fail yang dia tidak letak di dalam kotak kerana kotak sudah penuh. Mungkinkah itu failnya?

“Mama, Lisa rasa Lisa tahu di mana fail yang mama mahu,” kata Kalisya dengan rasa bersalah.

“Di mana?”soal ibunya.

“Atas meja pejabat lama rumah kita,” ibunya terlopong mendengar jawapan yang meluncur keluar dari mulut Kalisya.

“Kalisya Humaira! Mengapa tinggalkan fail penting mama di situ?” Muka ibunya sudah merah padam menandakan ibu amat marah terhadapnya. Ibu mengurut-urut dadanya tanda sedang menahan sabar. Tiba-tiba satu idea menerjah benaknya.

“Tidak mengapa. Mama, apa kata biar Lisa pergi ke sana untuk mengambil fail itu? Alang-alang Lisa boleh jumpa kawan-kawan lama,” ujar kalisya sambil tersenyum lebar.

Ibu membenarkan dan menyuruh Kalisya menelefon tuan rumah tersebut. Lisa pun menelefon tuan rumah tersebut.

“Assalamualaikum, saya Kalisya anak Faydzal Taheer yang menyewa rumah di Kota Bharu.

(………)

Saya hendak pergi kesana sebab ada barang tertinggal.

(………)

Baiklah, terima kasih.

Kalisya tiba di sana pada pukul 1.30 tengah hari dengan ditemani Kak Hanie, anak gadis jiran Kalisya. Kalisya tunggu di tepi rumah itu sambil bersembang dengan Kak Hanie. 13 jam selepas itu tuan rumah datang untuk memberikan kunci rumah kepada Kalisya.

Kalisya masuk dan terus ke tingkat atas iaitu pejabat ibunya. Kalisya masuk dan mencari fail yang diletakkan diatas meja ibu. Namun dia tidak menjumpai fail itu. Kalisya cuba mencari di laci besi yang menempatkan fail-failnya sebelum ini. Namun yang dijumpainya hanyalah satu surat yang tertulis di atasnya.

Bahawasanya anak berikut Kalisya Humaira binti Saiful telah dijadikan anak angkat oleh pasangan berikut Rohaidzah Salam dan Faydzal Taheer.

Mata kalisya terbuntang tatkala melihat surat itu lalu dia terus meluru keluar dan mengunci rumah.

“sudah jumpa barangnya?” tanya kak hanie dengan nada bersahaja.

“Kita balik,” ujar kalisya tanpa menoleh.

*****

Kalisya tiba di rumah dan terus berjumpa dengan ibunya yang sedang minum air kosong.

“Ibu, sebernanya Lisa anak siapa?” Kalisya berkata dengan sedikit air mata di pipi.

Ibunya terkejut lalu tersedak. “Mengapa Lisa tanya begitu?” Ibu sedikit curiga.

“Tadi Lisa pergi ke rumah lama untuk mengambil fail tadi dan Lisa terjumpa surat ini.” Kalisa memberikan surat penyerahan anak angkat kepada ibu.

Ibu terkejut seraya terus berlari ke tingkat atas. Kalisya mengambil keputusan untuk lari ke kampung di Pulau Pinang.

*****

Satu kemalangan telah dirakam oleh seorang pengguna lebuhraya. Dalam kemalangan itu seorang pemandu teksi meniggal dunia di tempat kejadian akibat dihempap oleh balak. Manakala seorang perempuan berumur 19 tahun cedera parah di bahagian kepala dan kaki.

Ibu kalisya telah menyelamatkan nyawa Kalisya dengan menderma darah kepada anaknya. Bagaimana darah ibu angkatnya boleh serasi hingga mampu menyelamatkan nyawa Kalisya, hanya Allah yang tahu. Tetapi kini darah ibunya sudah mengalir dalam tubuh Kalisya, seperti seorang ibu kandung.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: