Certot

Di Luar Pengetahuan

Hasil nukilan Arissa Homura 3 years agoFiksyen 37

Setelah mendapat khabar angin bahawa Cikgu Luffya bakal berpindah ke sekolah baru yang terletak di Johor, guru-guru serta murid-murid berasa sedih kerana kehilangan seorang guru yang penyabar, rajin, dan dedikasi. Bagi Elissa, seorang murid yang bijak dalam memberi pendapat, tempat beliau tidak perlu diganti semata-mata.

Pada hari Isnin, guru besar sekolah telah memperkenalkan guru baru kepada murid-murid kelas 6 Bestari, iaitu Puan Suzila yang bakal mengajar mereka subjek bahasa Melayu. Guru itu kelihatan seperti penyayang. Namun demikian, Elissa dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan guru itu. 

******

Seminggu kemudian, sewaktu Puan Suzila melangkah masuk ke dalam kelas beliau ternampak dua orang murid lelaki sedang bersembang-sembang. Beliau berasa tidak senang dengaan mereka berdua. Dengan perasaan yang geram, beliau membaling ‘shuriken’ yang tajam ke arah mereka berdua seperti ninja. Shuriken itu tepat-tepat mengena pada sasarannya, iaitu di pipi.

Murid-murid terkejut. Adakah Puan Suzila seorang ninja terkemuka dari negara Jepun?

Sejak hari itu, Puan Suzila sentiasa melakukan tindakan yang kejam terhadap murid-muridnya. Jika tidak menyiapkan kerja sekolah walau sedikit pun, beliau akan memukul murid-muridnya. Hal ini menyebabkan seluruh murid-murid tahun 6 Bestari dilanda ketakutan. 

******

Pada waktu rehat, Elissa dan Azwar berjalan beriringan di kaki lima sambil berbual-bual. 

“Lis, saya rasa ada benda yang tidak kenalah dengan Puan Suzila itu. Tiba-tiba dia baling shuriken pada Amin dan Shukri. Bukankah shuriken hanya terdapat di negara Jepun?” Azwar berkata kehairanan.

Elissa hanya mengangkat mahu. Dia teringat kembali tindakan yang ditunjukkan oleh Puan Suzila. Tiba-tiba, dia ternampak Puan Suzila sedang memandang ke kiri dan kanan. Ketika itu, beliau berada di tandas lama yang tidak boleh digunakan oleh sesiapa lagi. Mungkin ada sesuatu yang disembunyikan. Kata orang, bagai udang di sebalik batu. Kemudian, dia mendapat idea yang bernas.

******

Sebelum pulang ke rumah, Elissa dan Azwar merancang untuk menyiasat sesuatu perkara yang berkaitan dengan Puan Suzila di tandas lama. Mereka terdengar perbualan antara Puan Suzila dengan seorang lelaki. Dalam perbualan itu, kedengaran Puan Suzila sedang merancang sesuatu misi, iaitu membunuh seorang murid yang paling genius. 

Sudah tentu murid itu adalah dia! Selain itu, Puan Suzila akan ditawarkan sejumlah wang jika berjaya melaksanakan misi itu. Memang tidak disangka bahawa Puan Suzila merupakan seorang guru yang kejam dan terlibat dalam aktiviti sebegini!

Cepat-cepat mereka memberitahu tentang perkara ini kepada guru besar sekolah di pejabat. Namun demikian, beliau tidak mempercayai mereka. 

“Kalau guru besar tidak percaya, ikut kami!” cadang Elissa. 

Guru besar mengikut langkah mereka. Setelah tiba di tandas lama, guru besar memasang telinga mendengar perbualan Puan Suzila dengan lelaki itu. 

“Oh, alangkah teruknya Puan Suzila ini! Saya sangka beliau merupakan seorang guru yang penyayang yang mampu mendidik anak muda. Tapi, tidak!” kata guru besar, terkejut.

******

Keesokan harinya, guru besar memberi surat pemecatan kepada Puan Suzila. 

“Apa ini, puan? Sa… saya tidak faham,” kata Puan Suzila, pura-pura tidak faham.

“Jangan berpura-pura lagi! Saya tahu apa yang puan mahu lakukan!” tegas guru besar.

Puan Suzila akhirnya mengalah, lalu menjelaskan perkara yang sebenarnya. 

Akhirnya, Puan Suzila dipecat. Setelah mendengar berita gembira tersebut, murid-murid kelas 6 Bestari bersorak riang.










Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: