Certot

Di Alam Fantasi

Hasil nukilan AMIRAH BATRISYIA 2 years agoFantasi 2

Puteri Qisya sedang berfikir apa yang harus dilakukan pada cuti sekolah ni. Tiba-tiba dia mendapat satu idea dan berlari menuju ke bilik ayahandanya. 

“Ayahanda, bolehkah kita pergi berkhemah di hutan esok?” tanya Puteri Qisya meminta kepastian. 

Ayahandanya hanya tersenyum dan berkata, “Boleh sahaja.” Ayahandanya mempersetujui cadangan Puteri Qisya. Hati Puteri Qisya berasa amat gembira lalu dia mengucapkan terima kasih kepada ayahandanya.

*****

Hari dinanti sudah tiba, Puteri Qisya berasa amat bahagia. Tiba-tiba Puteri Qisya menjerit. “Argh!” 

Raja yang mendengar segera ke bilik Puteri Qisya. “Kenapa, Qisya?” kata ayahandanya yang telah sampai ke biliknya.

“Ayahanda, tolong angkat beg Qisya. Beratlah,” kata Puteri Qisya sambil matanya terkelip-kelip meminta simpati. 

“Qisya, kita nak pergi dua hari je, bukannya dua bulan,” jelas ayahandanya. 

“Bukan dua bulan?” tanya Puteri Qisya.

“Cepat ke kereta, bonda sudah tunggu lama,” kata ayahandanya. 

Puteri Qisya berjalan ke kereta dengan senang hati.

*****

Tempat yang dituju sudah sampai. Puteri Qisya amat tertarik dengan seekor arnab lalu mengikut arnab tersebut sehinggalah dia tersesat ke dalam hutan. Dia mencari-cari jalan pulang. Sewaktu berjalan-jalan mencari bonda dan ayahandanya, dia ternampak gergasi lalu dia menuju ke arah gergasi itu. 

“Gergasi, boleh tolong hantarkan saya kepada bonda dan ayahanda?” tanya Puteri Qisya kepada gergasi tersebut. 

Gergasi itu itu mempelawa Puteri Qisya naik ke atas tangannya. Puteri Qisya tanpa segan silu naik ke atas tangan gergasi. Gergasi itu meletakkan Puteri Qisya berdekatan dengan permaisuri dan raja lalu berlalu dari situ.

*****

Puteri Qisya berasa amat sedih kerana dia perlu pulang semula. Puteri Qisya mencari-cari gergasi yang menolongnya tempoh hari. Semua tempat dicarinya, tetapi masih tidak menemui gergasi tersebut. 

“Qisya, cepat, kita dah nak berangkat ni,” kata raja sambil menyusun beg-beg ke dalam bonet kereta. 

“Terima kasih, gergasi!” laung  Puteri Qisya lalu berlalu dari situ. 

Gergasi yang menyembunyikan diri di belakang pokok hanya tersenyum. 

Tiba-tiba Puteri Qisya tersedar daripada mimpinya. “Lah… mimpi rupa-rupanya,” kata Puteri Qisya.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: