Certot

Demi Sepuluh Ringgit

Hasil nukilan Nurin about 2 years agoFiksyen 3

Kring! kring! kring! Bunyi jam loceng berdering dari pukul 5.00. Rahmat masih tidak sedar dari tidurnya. 

Rahmat bangkit daripada tidurnya. Dia melihat pada jam loceng itu tepat pada pukul 6.59 am. Rahmat masih tidak menunaikan solat subuh dan dia terus ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.

Selepas selesai menunaikan kewajipannya, dia terus mandi dan bersiap untuk sarapan di restoran McDonald dan pada hari itu dia mendapat cuti daripada bosnya. Selepas bersiap, dia keluar dari rumah dan mengunci pintu rumah. Dia tidak sedar langsung bahawa dia terlupa mengambil beg duitnya. Dia terus berlari untuk memanggil teksi.

‘Huh… mujur sempat panggil teksi. Kalau tidak, memang kebuluranlah aku hari ni,’ bisik hati Rahmat. Rahmat ingin mengambil beg duitnya. Rahmat amat kalut mencari beg duitnya di dalam teksi tetapi tiada. Perjalannya itu hampir sampai, dia terus menyuruh pemandu teksi itu berpatah balik ke rumahnya semula.

“Hmm… boleh tidak patah balik semula?” Rahmat memujuk pemandu teksi itu kerana pemandu teksi itu pun memang tidak mahu lagi memandu, tetapi Rahmat memujuknya.

“Tidak boleh. Kalau mahu patah balik, pergi teksi lain.” Pemandu itu ikutkan mahu menyuruh Rahmat turun dari keretanya.

“Kalau begitu, saya tidak boleh bayar. Saya janji nanti saya bayar lebih,” pujuk Rahmat dengan manja kononnya boleh melembutkan hati pemandu teksi yang garang itu.

“Okey.” Mata pemandu teksi itu bulat kerana ingin Rahmat membayar lebih kepadanya.

*****

Selepas sampai di rumahnya, Rahmat terus berlari menaiki tangga sampai ke tingkat empat untuk mengambil beg duitnya. Selepas mengambil beg duitnya, Rahmat terus mengambil RM20 untuk bayar kepada pemandu teksi itu. Rahmat menghulurkan duit sebanyak RM20 kepada pemandu teksi itu.

“Eh, tidak cukup. Tadi cakap mahu bayar lebih. Mana RM40?” Sekali lagi mata pemandu teksi itu membulat tanda tidak cukup duit yang dibagi oleh Rahmat.

“Oh, lupa… eh, takkanlah sampai RM40? Bukannya saya pergi dari KL sampai Johor pun. Tambah seringgit saja tidak boleh?” pujuk Rahmat sekali lagi.

“Tidak boleh. RM40 ringgit!” Pemandu teksi itu menggeleng kepala dan mahu duit yang dijanjikan.

“Yalah. Nah RM40 yang pak cik mahu sangat.” Rahmat mula geram dengan pemandu teksi itu dan dia menghulurkan RM40. Pemandu teksi itu menjeling-jeling kepada Rahmat lalu dia mula memandu.

“Lain kali jangan jadi begini,” Pemandu teksi itu mengingatkan Rahmat.

“Apa jeling-jeling? Kutip duit orang saja. Entah buat apa dengan duit banyak sangat itu.” Rahmat menunjukkan penumbuknya kepada pemandu teksi tadi tetapi pemandu teksi itu langsung tidak sedar kerana sibuk mengira duit. Mata duitan betul!

*****

Rahmat berjalan-jalan di Kuala Lumpur berseorangan. Rahmat tidak mempunyai duit yang cukup untuk menaiki teksi lagi. Dia berjalan menuju ke restoran Mc Donald. Tiba-tiba dia terserempak dengan pengemis yang memakai pakaian compang-camping. Dia berasa simpati dengan pengemis itu. Rahmat membuka sekali lagi duit yang masih ada di dalam beg duitnya.

‘Aku tidak cukup duit. Aku cuma ada cukup-cukup untuk beli burger. Sudah lah yang special punya. Aku nak bagi ataupun tidak?’ bisik hati Rahmat. Rahmat teringat pesan cikgu agamanya dahulu.

“Kita kena sedekah kepada orang yang dalam kesusahan.”

Rahmat mengambil lima ringgit dengan tangan yang bergetar lalu menghulurkan kepada pengemis itu.

“Terima kasih banyak-banyak, ya. Alhamdulillah.” Pengemis itu mencium duit yang diberi oleh Rahmat tadi.

“Tidak mengapa.” Wajah Rahmat kelihatan kelihatan ihklas sekali. Rahmat berlalu pergi meninggalkan pengemis tadi.

“Tak cukup pulak duit aku jadinya. Kebuluranlah aku!” Takkanlah tidak sampai satu hari sudah kebuluran.

*****

Walaupun Rahmat tidak mempunyai duit yang cukup untuk membeli burger, dia tetap berjlan menuju ke restoran McDonald. Tiba-tiba Rahmat terdengar suatu jeritan seorang wanita dari belakang.

“Tolong! Tolong! Tolong!” Wanita berbaju putih dan bertudung warna hitam menjerit sekuat hati. Tanpa berlengah lagi, Rahmat berlari menuju wanita tadi.

“Kenapa?” Rahmat pula kelihatan terlalu risau akan wanita itu.

“Dia ragut beg saya!” Jari wanita itu menunjuk ke arah peragut tadi.

“Dia sudah jauh. Saya tidak boleh kejar dia. Tidak mengapa, saya bagi cik lima ringgit ya.” Rahmat mengambil semua duit di dalam beg duitnya itu kepada wanita tadi. Beg duit Rahmat menjadi kosong, tetapi Rahmat masih tidak kisah. Rahmat meninggalkan wanita itu. Tiba-tiba telefon Rahmat berdering.

“Assalamualaikum Rahmat, aku nak bagi kau 5,000 ringgit. Kau datanglah ke pejabat ya.” Bos Rahmat hanya memberitahu itu sahaja lalu meletakkan telefon bimbitnya. Pada masa yang sama juga, Rahmat juga meletakkan telefon bimbitnya.

“Alhamdulillah, tidak sia-sia aku tolong orang tadi.” Rahmat bersyukur akan perbuatannya tadi.

Rahmat terus pergi ke pejabatnya dengan menumpang kawan baiknya. Kebetulan kawannya meletak keretanya di situ. 

Selepas Rahmat sampai di pejabatnya, dia terus mengambil duit 5,000 ringgit yang dijanjikan oleh bosnya tadi. Rahmat gembira mendapat duit itu tadi. Dia terus pergi ke restoran yang mahu dituju tadi.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: