Certot

Darah Superheroku

Hasil nukilan Damia 2 years agoSuperhero 4

Ain dan Aina adalah kembar yang amat rapat. Pada suatu hari, selepas pulang dari sekolah, wajah Aina semakin lemah.

“Kenapa Aina? Kamu lapar?” tanya Ain.

“Tidak. Saya tak rasa lapar. Cuma saya rasa tak sihat. Macam ada sesuatu yang tak kena,” jawab Aina.

Ain terus mengambil telefonnya lalu menelefon ibunya. Apabila ibunya mendengar berita tersebut, ibunya lalu pulang ke rumah dengan segera. 

Ibunya menyentuh dahi Aina tetapi tidak ada rasa suam atau panas. Ibunya cuba suapkan Aina makanan, tetapi dia tidak mahu membuka mulutnya. Ibunya hairan dengan sikap Aina lalu menelefon ayah Aina yang sedang bekerja di hospital sebagai doktor. 

Apabila ayahnya mendengar berita itu, dia terkejut lalu segera pulang ke rumah. Ayah Aina berasa cemas apabila melihat anaknya sangat lemah. 

Tiba-tiba Aina batuk dan mengeluarkan darah yang banyak. Ayah Aina segera membawanya ke hospital. Hati ayahnya terdebar-debar melihat keadaan Aina yang sangat lemah dan kekurangan darah. Ayahnya cuba merawat Aina dengan segera. Kawan ayah juga berusaha merawat Aina.

“Zaki, kamu atau seorang dari ahli keluarga kamu atau orang lain terpaksa menderma darah dengan secukupnya untuk Aina. Dengan syarat darah itu mestilah darah A,” kata kawan ayah.

Tiba-tiba ayah mengangkat tangan. “Saya akan menderma darah untuk Aina,” kata ayah dengan penuh semangat.

Ibu dan Ain terkejut apabila mendengar kata-kata ayah itu.

“Tak payahlah, ayah. Kita tunggu orang lainlah yang menderma darah untuk Aina,” kata Ain.

Ayah menjawab, “ Tak apalah, ayah punyai jenis darah A, sama seperti Aina. Ayah akan buat apa sahaja untuk anak ayah. Janji dengan ayah supaya jaga Aina, ya,” kata ayah.

Ibu lalu menganguk kepalanya dan menangis apabila mendengar kata-kata suaminya. 

Rawatan sedang dijalankan….

Selepas berberapa jam, Aina keluar dengan sihat. Ibunya lari terhadap Aina lalu menangis. Ain gembira kerana kembarnya sihat, tetapi ibunya dan Ain juga menagis kerana kehilangan ayahnya, Zaki. 

Wajah Aina sihat dan secara tiba-tiba Aina tersenyum kerana ia tahu yang ayahnya masih hidup tetapi belum sedar daripada rawatan tadi. Selepas berberapa minit menunggu kedatangan doktor, ayahnya sedar lalu doktor memanggil Ain, Aina, dan ibunya masuk ke dalam bilik rawatan. 

Ayah gembira bertemu dengan keluarga. Ibu melihat ayah lalu menangis dalam kegembiraan. Ayah dan sekeluarga tinggal dengan gembira bersama-sama.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: