Certot

Darah Pejuang Negara

Hasil nukilan Arissa Homura about 3 years ago 111

Namaku Rozana. Aku berusia 16 tahun dan menetap di Kampung Patriotik bersama atukku, yang merupakan seorang pejuang negara pada zaman peperangan dahulu.

Haa… bila kita bayangkan kembali kehidupan mereka yang hidup dalam jajahan dan penderitaan mesti terdetik dalam fikiran kita, bagaimanakah mahu mencari sesuap nasi demi keluarga, betul? Bilakah pula mereka akan keluar dari rumah untuk menikmati pemandangan persekitaran luar sambil menghirup udara segar? Hmm… sudah pasti menyedihkan. Kasihan mereka. Umpama berada di dalam kandang kambing. Menunggu masa untuk keluar dari rumah demi menjaga kehidupan diri sendiri atau keluarga.

Nasib baiklah ada pejuang yang berani mengorbankan nyawa dan tenaga demi kebahagian dan keamanan negara Malaysia. Di samping itu, mereka sanggup meninggalkan keluarga demi kita. Setelah berhempas pulas menjaga ketenteraman rakyat Malaysia, akhirnya negara telah bebas daripada jajahan. Merdeka!

Namun, kita tidak tahu erti kemerdekaan. Merdeka bukanlah semata-mata hanya mengibarkan Jalur Gemilang megah dan menjerit dengan penuh semangat. Sebaliknya, menjadikan Malaysia sebagai negara yang penuh dengan budi bahasa, adat, dan sebagainya.

Apa yang aku lihat, ada segelintir remaja yang ponteng sekolah semata-mata untuk menghisap rokok. Mereka juga keluar dari rumah tanpa meminta izin daripada kedua ibu. Oh, inikah anak Malaysia zaman kini? Adakah bagi mereka, darah perjuangan nenek moyang mereka hanya dihabiskan secara sia-sia?

“Ana, sudahlah itu. Janganlah bersyarah sangat di kandang kambing atuk ini. Bukan kambing-kambing atuk dengar cakap kamu pun,” suara atuk muncul secara tiba-tiba.

Aku menghadiahkan sengihan kepada atuk. 

“Saja test,” jawabku, ringkas.

Cis, tak perasan pula bersyarah di kandang kambing!

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: