Certot

Dad, I Love You!

Hasil nukilan Mimi 2 years agoSuperhero 44

             

Seorang lelaki bertubuh gempal duduk di atas katil disebelahku. Riak mukanya kelihatan sangat risau. Lelaki itu adalah ayahku. Ketika itu, aku demam panas. Sudah lima hari aku demam panas. Aku juga tidak boleh bangkit daripada tempat tidurku. Ayah menghulurkan sebiji pil demam dan segelas air. Aku bangkit dengan cara yang perlahan. Sekadar untuk makan ubat sahaja. Ayah tersenyum apabila melihat aku makan ubat.

Ayah meminta izin untuk keluar dari bilikku. Aku hanya tersenyum. Terlalu banyak jasa ayah kepadaku. Ayahku sanggup membanting tulang empat keratnya semata-mata mahu menyara nafkah kepada kami. Besarnya pengorbanan itu tidak terhingga. Aku berjanji dengan diriku bahawa aku tidak akan menyusahkan ayah.

Aku menangis sendirian di dalam bilik. Pintu bilikku tiba-tiba diketuk dan dibuka oleh ayah. Aku dengan segera menghentikan tangisan dan mengelap air mata yang jatuh di pipiku.

“Farah, boleh ayah tumpang solat di bilik Farah? Bilik ayah dan ibu sekarang sedang dibersihkan oleh ibu.”

“Oh, boleh. Apa salahnya.”

“Farah sudah solat?”

“Sudah ayah. Ibu sudah bawakan air wudhuk untuk saya.”

“Oh, kalau begitu, Ayah pergi ambil wuduk dulu ya? Maghrib sudah hendak habis.”

Ayah berlalu pergi meninggalkanku. Aku solat secara duduk diatas katilku. Hendak solat berdiri, aku tidak larat untuk bangun. Selagi kudratku masih ada, selagi itulah aku akan tetap bermohon kepada Tuhan semoga demamku ini sembuh seperti sediakala. Mungkin ini dugaan berat bagiku. Aku harus mengharungi dugaan berat ini supaya aku akan terus tabah untuk dugaan yang seterusnya. Aku yakin, aku pasti boleh!

*****

Aku memerhatikan gerak-geri ayah ketika solat. Sangat khusyuk. Sehinggakan hujan di luar mungkin ayah tidak dengar kerana asyik membaca kalimat-kalimat suci itu. Aku mula belajar solat daripada ayah. Daripada aku tidak tahu solat, terus aku menjadi pandai dengan berkat usaha ayah mengajarku. Adakalanya, setiap malam selepas solat maghrib, ayah akan menceritakan aku kisah para nabi. Cerita yang diceritakan oleh ayah itu aku catitkan di sebuah buku nota. Setiap malam juga aku akan membaca kembali kisah para nabi dan akan dijadikan manfaat setiap hari.

             

Aku mendengar bunyi tangisan. Rupa-rupanya itu bunyi tangisan daripada ayah. Aku mendengar setiap bait percakapannya;

“Ya Allah, Ya Tuhanku. Ampunilah segala dosaku, dosa isteriku, dosa anak-anakku, dan dosa kedua orang tuaku. Haramkanlah mukaku daripada dijilat api neraka. Aku bermohon kepadamu supaya sembuhkanlah penyakit anakku. Amin.”

Aku terkedu. Sesudah ayah mengakhiri doanya, ayahku mencapai kitab suci Al-Quran yang sudah berada di sebelahnya. Itu memang rutin harian ayahku. Selepas solat, dia akan membaca lima mukasurat Al-Quran. Itulah sebabnya mengapa ayah boleh menghabiskan 30 Juz’ Al-Quran dalam masa sebulan.

Aku sangat mengkagumi ayah. Bagi aku, ayah adalah lelaki yang terbaik di dunia. Apa sahaja permintaanku, akan ayah turuti. Namun, aku sudah besar. Aku tidak sepatutnya meminta-minta lebih. Aku ingat lagi, sewaktu aku dilahirkan sebagai anak sulung, ayah sangat risau. Setelah doktor memberitahu bahawa ayah dibenarkan masuk, wajahnya yang risau tadi sudah bertukar ceria sebalik sahaja melihat wajahku. Terus sahaja ayah mengazankan di telingaku. Alunannya sungguh merdu dan aku sangat asyik mendengarnya.

*****

Aku menangis kerana alunan suaranya yang sangat merdu apabila membaca Al-Quran. Suaranya sungguh sedap. Ayah memang pandai membaca Al-Quran. Aku sendiri tidak mampu menandingi kehebatan ayah. Ayah menutup Al-Quran. Aku masih lagi menangis di atas katilku.

“Farah, kenapa menangis ni?”

“Farah seronok dengar ayah baca Al-Quran.”

“Farah, jangan menangis lagi. Ayah doakan supaya kamu sembuh daripada demam esok.”

Aku hanya tersenyum. Ayah pergi meninggalkanku. Tidak lama kemudian, ibu datang membawa bubur nasi.

“Farah, makan bubur ni. Nanti sejuk, tak sedap.”

Aku segera mengambil mangkuk bubur yang sedang berada dalam pegangan ibu. Ibu menghulurkan mangkuk bubur itu kepadaku.

“Ibu keluar sekejap, banyak benda nak kena buat lagi ni.”

“Okey.”

Ibu pergi meninggalkan aku. Aku membaca doa makan dan terus menyuapkan sesudu bubur ke dalam mulutku. Terasa panas dan enak sekali. Sungguh nikmat rasanya. Aku menyuapkan satu lagi sudu sehingga habis bubur di dalam mangkuk logam itu. Selesai, aku mencapai sebotol air mineral yang memang diletakkan ditepi almari mini.

“Nak dekat isyak dah. Baik aku ambik wuduk.”

Sebuah mangkuk plastik berwarna kuning terang diambil. Aku mengambil wuduk menggunakan air itu.

             

*****

Aku sudah selesai menunaikan solat Isyak.  Aku yakin bahawa aku akan sembuh seperti sediakala besok.

Aku mahu melelapkan mata, tetapi rasa mengantuk belum hadir. Aku mengambil buku catatan yang bersaiz A5 di tepi birai katilku. Aku segera membuka buku itu. Banyak kisah nabi dalam buku itu. Kisah Nabi Nuh, kisah nabi Yusuf, kisah Nabi Adam, dan banyak lagi. Aku membaca satu-satu kisah dalam buku itu. Semakin lama, aku semakin leka membaca dan akhirnya aku lena diselimut mimpi.

*****

Pagi itu, aku terlepas subuh. Terasa malu diriku pada Tuhan. Malu yang teramat. Pagi itu aku bangun pada pukul 7. 00 pagi. Terasa sengal-sengal badanku ini. Aku mula bangun dari tempat tidur, akhirnya aku berjaya bangun. Aku mula merasa dahiku dengan sebelah tangan kanan. Sudah tidak panas. Aku dengan segera berlari ke arah ayahku yang sedang bersarapan pagi.

“Ayah, Farah tidak demam lagi!”

“Alhamdulillah, berkat doa ayah.”

“Terima kasih, ayah! Ayahlah hero Farah! Farah sayang ayah!”

Kami berpelukan. Aku dan ayah mengalirkan air mata.


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: