Certot

Coach Azalea

Hasil nukilan Wan Nur Arliana 2 years agoSukan 51

“Jangan sesekali kamu memandang remeh terhadap pasukan lawan! Teruskan berusaha walau kamu berada di atas!” 

Terngiang-ngiang pesanan coach Azalea di telinga Natasha. Sememangnya pesanan itu diambil bena oleh Natasha. 

Siapa tidak kenal Coach Azalea? Nama penuhnya Maryam Azalea binti Yusof, berusia 36 tahun dan merupakan seorang jurulatih badminton di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wijaya. Beliau sentiasa menjadi buah mulut semua kerana sentiasa mengharumkan nama sekolah di mana jua. Setiap pasukan yang dikendalikannya pasti akan menemui kejayaan. Malah, segala teknik permainan turut diajar dengan sepenuh jiwa raga.

Natasha merupakan pemain badminton sekolah sejak daripada tingkatan satu. Dia merupakan pemain badminton yang paling lincah dan cekap. Tidak sesekali dia merungut dengan setiap aktiviti yang dijalankan oleh coach Azalea. Apa yang bermain di fikirannya hanyalah bermain untuk mengharumkan nama sekolah.

“Balas pukulan elok-elok. Jangan terburu-buru. Nanti kamu yang terima padahnya.” 

“Ingat! Pukul bulu tangkis biar kena, nanti pasukan lawan yang terima markah percuma.”

“Jangan pandang remeh walaupun lawan dari sekolah terpencil. Diam-diam ubi berisi!” 

Segala pesanan coach Azalea tidak mungkin Natasha lupakan. Oleh kerana tunjuk ajar beliau, Natasha berjaya memenangi pelbagai pertandingan badminton. Natasha menjadi pemain negara bawah umur 17 tahun selepas memenangi pertandingan badminton peringkat negara. Coach Azalea tersenyum bangga melihat anak buahnya yang sudah berjaya itu. 

Selepas empat tahun kemenangan Natasha di peringkat negara itu, coach Azalea meninggal dunia akibat menghidapi barah otak. Sememangnya perkara itu dirahsiakan daripada semua kerana bimbang Natasha akan jatuh tersungkur di pertengahan jalan menuju kejayaan. Coach Azalea sanggup merahsiakan penyakitnya demi Natasha. Baginya, Natasha umpama sebatang pokok yang perlu dibesarkan sehingga ke hujungnya. 

Sememangnya jasa coach Azalea tidak mempu dilupakan. Natasha mengesat air matanya. Pesanan terakhir coach Azalea terharap dirinya masih diingati sehingga kini.

“Teruskan karier kamu. Berusahalah walaupun kamu tersungkur. Natasha, ampunkan salah silap coach. Kamu merupakan anak buah terakhir coach. Jangan bongkak sekiranya berada di atas, jangan gugup apabila berada di bawah. Kamu jadilah seperti matahari, menyinari dunia tidak kira masa dan ketika. Harumkan nama negara dan sentiasa bersihkan nama kamu….”

Biarpun ketiadaan coach Azalea, Natasha tetap meneruskan kariernya sebagai pemain badminton negara. Dia berasa kekok apabila ketiadaan coach Azalea untuk memberi semangat kepadanya semasa perlawanan. Tempat beliau diganti oleh coach Junaidah, seorang jurulatih yang berkaliber dan agak tegas. 

Dia agak tidak menyukai dengan keberadaan coach Junaidah, namun dia terpaksa kerana ketiadaan jurulatih yang sudi melatihnya. 

Namun, dia yakin. Coach Junaidah juga mampu melatihnya. Namun, caranya berbeza dengan coach Azalea yang cool dan tenang. 

Coach Azalea, namamu tetap tersemat dalam hatiku. - Natasha


Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: