Certot

Cinderella di Hari Sukan

Hasil nukilan NazlifaFy 2 years agoSukan 46

“Cinderella! Cinderella! Saya ada berita gembira,” kata Aurora dengan gembira.

“Apa berita gembira tu?” tanya Cinderella tertanya-tanya. 

“Sekolah Dongeng akan mengadakan pertandingan lompat jauh, lompat tinggi, dan sebagainya sempena Hari Sukan Peringkat Kebangsaan Negeri Antaberanta.Sesuai dengan ketinggian awak,” balas Aurora sambil terlompat-lompat.

“Wah, saya mahu menyertai pertandingan lompat tinggi!” ujar Cinderella teruja.

Selama dua bulan, Cinderella berlatih tidak berhenti-henti. Dia juga pernah berlatih lompat di tangga sampai jatuh terguling-guling.

Akhirnya, pertandingan sukan sempena Hari Sukan Peringkat Kebangsaan Negeri Antaberanta pun bermula.

Kelihatan Cinderella sedang berlatih buat kali terakhir. Aurora dan Rapunzel sedang memberi semangat kepada Cinderella.

“Okey… inilah masa yang ditunggu-tunggu buat pelajar Sekolah Dongeng. Tanpa melengahkan masa, kita akan memulakan pertandingan sukan kali ke-123,” ujar Si Tanggang sebagai pengacara majlis.

Tanggang pernah disumpah menjadi batu. Namun, tidak lama kemudian dia bertemu dengan Fairy God Mother dan Fairy God Mother telah menghilangkan sumpahannya. Akhirnya dia berkhidmat di Sekolah Dongeng sebagai pengacara.

Pertandingan sukan dimulakan dengan acara tarik rambut Rapunzel yang disertai oleh Badang.

Akhirnya, selepas satu jam, acara lompat tinggi bermula. Hati Cinderella sangat berdebar-debar. 

“Okey, dipersilakan peserta seterusnya, Cinderella,” ujar Si Tanggang.

Cinderella berlari dengan bersemangat ke arah palang. Lalu, dia melompat dengan tinggi dan berjaya melepasi palang.

Namun, kasut sukannya tertanggal. Pada masa yang sama, loceng yang menandakan pukul 12.00 tengah hari telah pun berbunyi.

Lalu, dia terus berlari ke luar sekolah untuk pulang. Ini semua dilakukan kerana baju sukan Cinderella akan bertukar menjadi  lusuh. Orang ramai terpinga-pinga melihat Cinderella berlari.

*****

“Acara penyampaian tongkat sakti dongeng bagi para pemenang akan bermula sekarang,” ujar Si Tanggang dengan lelah kerana sudah hampir sehari dia mengacara majlis.

“Pemenang bagi kategori lompat jauh jatuh kepada… Cibderella! Oh, tidak lupa kasutnya juga tertanggal sewaktu dia melompat,” ujar Si Tanggang menahan gelak. 

Selama dua minit suasana menjadi senyap kerana Cinderella tidak menampilkan dirinya untuk menerima hadiah.

Namun, tidak lama kemudian kelihatan Cinderella berlari ke arah pentas dengan pakaiannya yang lusuh. Lalu,dia memakai kasut sukannya yang tertanggal. Tiba-tiba pakaian Cinderella bertukar menjadi baju sukan yang paling cantik di Sekolah Dongeng.

Dia pun menerima tongkat sakti dongeng kerana memenangi acara lompat tinggi. Semua penonton bersorak dan memberikan tepukan yang gemuruh.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: