Certot

Cincin Berlian

Hasil nukilan Nass Aqilah 2 years agoSuperhero

“Ini cincin berlian. Cincin ini daripada arwah ayahku. Aku akan menjaganya seperti nyawa aku,” kata rania pada kawannya sambil menunjukkan cincin yang berada di tangannya. 

“Cantik!” kata zira. 

Rania hanya tersenyum sambil membelek-belek cincin itu. “Kamu mahu dengar cerita tentang cincin berlian ini?” tanya rania. 

“Mestilah,” jawab kawan Rania yang sedang duduk bersila di lantai bersamanya.

“Pada suatu hari, aku dan ayah berjalan bersama-sama ke kedai emas untuk membeli cincin berlian. Semasa membeli, tiba-tiba ada perompak datang ke kedai emas itu. Di dalam kedai emas hanya ada pekerja kedai, aku, dan ayah. Pekerja di kedai itu semuanya perempuan. Perompak itu suruh duduk diam supaya tidak mengganggunya untuk merompak. Dalam saat cemas, seorang daripada pekerja itu mengambil telefon lalu menelefon polis. Seorang daripada perompak itu sedar perbuatan pekerja itu lalu dia campakkan telefon. Perompak itu memengang pisau yang kecil yang dibawa olehnya dibawah dagu untuk mengelarkan pekerja itu. Pekerja itu menjerit ketakutan. Ayah aku berasa geram dengan perompak itu lalu menarik pekerja itu dengan pantas dan tiba-tiba….” Cerita Rania terhenti.

“Tiba-tiba apa?” tanya Tiara dengan pelik.

“Tiba-tiba kawan perompak itu menikam ayah aku dari belakang, lalu ayah aku rebah dan aku pun ke arah ayah aku,” sambung Rania sambil air matanya mengalir dan sedih. 

Sara yang sudah tahu cerita itu dan sedar dengan suara Rania yang sedang bercerita memegang bahu Rania memberi kekuatan. Rania tersenyum dengan air mata yang mengalir. 

“Maafkan kami, Rania. Kami tidak berniat mahu sedihkan kau,” kata Tiara dengan nada menyesal. Rania menggeleng sambil tersenyum tanda tidak ada apa-apa.

“Polis datang dan menangkap perompak itu. Semasa ayah aku rebah, aku datang ke arah ayah. Ayah aku ada katakan sesuatu kepada aku. Dia kata, cincin berlian yang kita beli tadi adalah untuk Rania. Jika ayah tiada lagi, jagalah cincin itu. Itu sahaja ayah mampu beri dan dapat tunaikan untuk kamu lalu ayah aku meninggal dunia,” sambung Rania dengan air mata yang mengalir.

“Dia adalah superhero aku kerana selamatkan aku dan dia bersungguh-sungguh datang ke kedai emas walaupun aku tahu dia tidak sedap hati dan ajalnya pada waktu itu,” kata Rania sambil menangis teresak-esak.

Juga daripada penulis ini:

Cerita lain: